Assalamualaikum guys.. Alhamdulillah3.. Akhirnya saya mendapat berita paling gembira sekali kerana sahabat saya akhirnya dapat bercakap dengan anak kesayangannya melalui talian telefon. Hati yang rindu sudah terubat. Penderitaan yang ditanggung selama ini dapat sedikit sebanyak memulihkan semangatnya selepas mendengar suara anaknya. Hampir satu jam lamanya beliau berbual mesra melalui talian telefon dan bertanyakan khabar berita. Empat tahun beraya tanpa anak tersayang bersambung dengan episod perbualan telefon.
↧