Quantcast
Channel: kongsibersamanora
Viewing all 261 articles
Browse latest View live

Majlis Pra Pelancaran Produk Hananut Aisyhana Cookies and Food Industries

$
0
0

Assalamualaikum. Hananut Aisyhana Cookies n Food Industries. Semalam saya + blogger dari group blooggersDotCom telah dijemput untuk menghadiri Majlis Pra Pelancaran Produk Hananut Aisyhana Cookies N Food Industries Green Valley Park Rawang. Media + bloggers + orang awam turut hadir memeriahkan Majlis tersebut.

Sambung baca lagi »

Wordless Wednesday #81

Wordless Wednesday #82

Seafood Buffet Dinner at Chatz Brasserie Park Royal Hotel - Best Of Malaysia

$
0
0

Assalamualaikum. Seafood Buffet Dinner di Chatz Brasserie Park Royal Hotel - Best Of Malaysia yang terletak di Kota besar Kuala Lumpur adalah pilihan terbaik untuk mereka yang menggemari makanan laut segar secara buffet di hujung minggu bersama keluarga mahupun teman tesayang. Hidangan makanan seafood yang disediakan di datangi dari negara Malaysia dan luar negara.
Sambung baca lagi »

Innovation that matters to you by Philips

$
0
0

Assalamualaikum. Philips adalah satu jenama barangan elektrik yang terkenal di Malaysia. Jenama Philips memiliki pelbagai peralatan elektrik untuk ibu dan anak + barang personal + pc produk + lampu + bunyi dan visi.Saya juga menggunakan barangan philips kerana ianya selamat dan berbaloi untuk dibeli.
Sambung baca lagi »

Ninetology U9z1+ dan Sony Xperia Z Ultra nyata berbeza

$
0
0

Assalamualaikum. Ninetology U9Z1+ dan Sony Xperia Z Ultra adalah smarphone yang dicipta mengikut perkembangan zaman teknologi terkini. Kehebatan antara dua jenama yang berbeza bentuk + perisian + warna + ketahanan dan pelbagai ciptaan terbaik untuk menghasilkan smartphone yang canggih.
Sambung baca lagi »

Komisen eQurban masyuk lagi

$
0
0
Assalamualaikum guys. Baru saja sempat buka email mahu check mana tau ada rejeki lagi nak masyuk. Tup tup terpandang kedatangan email dari eQurbanDotCom. Apa lagi klik laju2. Perkataan pertama aku sebut adalah Alhamdulillahi rabbil Alamin. Rejeki dari Allah SWT datang lagi. Syukur sangat2.
Sambung baca lagi »

WIFKL2013 World Innovation Forum Kuala Lumour 2013

$
0
0

Assalamualaikum guys. WIFKL2013 telah berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre pada tarikh 12 November - 14 November 2013 minggu yang lepas. Hadirin yang hadir dari luar negara dan dalam negara berarak penuh masuk ke dewan Plenarry Hall KLCC untuk sama2 mendengar perbincangan dan perkongsian dari jemputan2 dalam dan luar negara.
Sambung baca lagi »

Maliqa Mediterranean Cuisine @ Plaza Damansara pelbagai citarasa

$
0
0

Assalamualaikum guys. Maliqa Mediterranean Cuisine adalah restoran makanan berkonsepkan mediterranean pelbagai negara dari French dan Itali. Pertama kali menjejakkan kaki ke restoran Maliqa ini sudah merasa kagum dengan hiasan dalamannya yang penuh dengan cermin dan kerusi meja yang sangat unik.
Sambung baca lagi »

Myra Bracelet setanding jenama antarabangsa

$
0
0
Assalamualaikum. Myra Bracelet adalah gelang atau bracelet untuk kaum wanita yang sentiasa tampak anggun menawan bila memakainya. Reka bentuk yang sangat eksklusif di datangkan khas dari negara ITALI. Di cipta dengan keunikan tersendiri dan dihiasi warna warni mengikut citarasa mewah.

Sambung baca lagi »

Wordless Wednesday #83

Bahaya toksin dan cara membuangnya - Detox part1

$
0
0


Assalamualaikum. Ramai dikalangan kita tidak ketahui akan bahayanya toksin yang ada dalam badan kita. Terlalu banyak memakan makanan ringan + berlemak + berminyak + bahan2 yang ada pada makanan segera + berlebihan gula dan protin serta faktor pemakanan lain yang boleh menyumbang kepada datangnya toksin dalam badan penyebab bahayanya terjadi. Mari baca selanjutnya demi kesihatan kita dan keluarga.
Sambung baca lagi »

Mata menawan dengan MrLens - The Butterfly Project

$
0
0
MrLens adalah terbaik
Asslamualaikum. MrLens adalah syarikat besar menjual produk penjagaan mata iaitu kaca mata + kanta mata sentuh (lens) melalui secara online terbesar di Switzerland dan beberapa bahagian Eropah dan global. Kini MrLens boleh didapati di Asia termasuk Malaysia.
Sambung baca lagi »

Lawatan blogger ke Penjara Sejahtera Kajang

$
0
0
Assalamualaikum. Apa itu Penjara Sejahtera? Kenapa perlu sebut sejahtera sedangkan dengar saja nama PENJARA pun kita sudah boleh mengagak bermacam2 yang ada didalam otak fikiran kita. Dalam kita membuat pelbagai andaian tentang Penjara ini adakah kita terfikir atau berfikir sejenak tentang apa yang berlaku sebenarnya didalam PENJARA ini? Adakah sama perlakuan mereka seperti yang kita lihat di dalam drama2 melayu dan tayangan panggung melayu dan luar negara? Tentu banyak tekaan dan anggapan kita terhadap mereka yang berada di dalam sana. Mari saya kongsikan pengalaman saya semasa berada disana dan kita bincangkan isu PENJARA SEJAHTERA ini.
Sambung baca lagi »

Makan bersama Allday di Mukha Cafe Taman Tun Dr Ismail

$
0
0


Assalamualaikum. Jemputan private event bersama AllDay Media di Mukha Cafe Taman Tun Dr. Ismail memang menyeronokkan. Berjumpa dan berkenalan dengan owner AllDay Media aka Adverlets + blogger media baik yang baru kenal dan lama mengeratkan lagi hubungan kami semua. Bermacam2 warna pakaian yang dipakai mengikut tema COLOURFUL.
Sambung baca lagi »

Blogger DiPenjara Bersama Konsep Penjara Sejahtera

$
0
0

Assalamualaikum. Kelmarin aku kongsikan tentang lawatan Blogger di penjara. Hari ini kita sambung dengan tajuk yang sama tetapi diisi dengan dengan konten2 dan info2 yang berguna untuk dikongsikan bersama apa itu PENJARA SEJAHTERA. Mari kita lihat dan tahu bagaimana penjara ini bermula untuk mereka yang diberi hukuman + dikawal + dipulihkan + diberi aktiviti2 yang baik sehinggalah tarikh pembebasan berlaku.
Sambung baca lagi »

Kembara Palestine meninjau sejarah Israk Mikraj

$
0
0

#KEMBARA PALESTIN

Assalamualaikum semua. Saya menyahut bonus akhir tahun dengan menyertai contest #KembaraPalestinbersama Denaihati. Banyak sejarah2 Islam yang ada sebahagiannya kita tidak pernah jejaki dan merasai sendiri. Dengan mengikuti Kembara Palestine sekurang2nya kita ambil tahu dan melihat sendiri tempat2 bersejarah terutama berlakunya sejarah Israk Mikraj bersama Rasulullah SAW dan Masjidil Al Aqsa.

PERISTIWA RINGKAS ISRA' DAN MIKRAJ


Aku teringin benar ingin menjejaki ke Masjid Al Aqsa dan DoomOfTheRock untuk melihat sendiri tempat2 yang berlakunya peristwa Israk Mikraj. Belum ada rejeki lagi untuk kesana. Syukur Denaihati berkongsikan sejarah dan gambar2 tentang keindahan #Kembara Palestine. Sedikit peristiwa ringkas tentang Israk Mikraj yang aku tahu.

Kejadian Israk Mikraj berlakunya pada 27 Rejab bersamaan Tahun 12 622 M. Sebelum kejadian peristiwa Israk Mikraj, Baginda mengalami pembedahan dada untuk dibersihkan hati Baginda dengan air Zam Zam + dibersihkan salutan hitam (alawah) + dijahit dada Baginda kembali dan dimeterikan (ditanda) Khatamun Nubuwwah. Tanda Khatamun Nubuwwah ini menunjukkan penutupan Baginda adalah Rasul dan Nabi yang terakhir.


#KembaraPalestine - Masjidil Al Aqsa (atas) dan Doomoftherock (Kubah emas) - Jerusalem



Selepas itu Baginda didatangani Malaikat Jibril AS bersama Buraq. Baginda berkata - menurut hadis riwayat Imam bukhari "Seperti Aku telah dibawa oleh seekor Buraq, seekor haiwan berkulit putih dan panjang, lebih besar daripada keldai tapi kecil sedikit daripada baghal. Setiap langkahnya bersamaan dengan sejauh mata memandang".(Riwayat Shahih Bukhari)

Perjalanan dari jam 6 malam hingga 6 pagi itu, Baginda kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis


#KembaraPalestine - Difahamkan disinilah - Masjidil Al Aqsa berlakunya kejadian dimana BAGINDA Rasulullah SAW mengikat Buraq dan berjalan menuju ke DoonOfTheRock.

Ketika Buraq mendekati Nabi SAW agar menungganginya, dia merasa bimbang. Jibril AS pun berkata: "Demi Tuhanku, tidak menunggangimu selain Nabi dari bangsa Hasyimi Al-Abthahi Al-Quraisyi yaitu Nabi Muhammad bin Abdullah yang memiliki Al-Quran." 

Nabi Muhammad SAW berkata: "Saya Muhammad bin Abdullah." Maka naiklah Nabi Muhammad SAW dan pergilah mereka menuju surga. Dalam perjalanan ke Syurga Baginda menghadapi pelbagai gangguan dan peritiwa kejadian2 yang menakjubkan.

Dari langit pertama hinggalah ke tangga ke 10 Baginda sampai di Hadhratul Qudus dan Hadhratul Rabbul Arbab dan bertemu dengan Allah SWT lalu Baginda pun bersujud. 

Allah SWT berfirman - "Angkatlah kepalamu wahai Muhammad. Hari ini tidak ada ruku' dan sujud sebaliknya hari ini adalah hisab dan pembalasan. Angkatlah kepalamu hai Muhammad dan mintalah kamu, niscaya kamu akan Aku penuhi."

Baginda - "Tuhanku, apa yang Engkau janjikan padaku tentang umatku?" 

Allah SWT berfirman - "Aku akan memberimu sesuatu yang engkau ridhai." Sebagaimana firman-Nya: "Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas.” (QS. Adh-Dhuha: 5).

Kemudiannya Allah SWT memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam, yang sebelumnya difardukan 50 waktu. Allah Maha Besar. Wallahualam.

Nota
Kejadian2 dari sejarah ISLAM dibumi Arab banyak yang indah dan menakjubkan. Allah SWT itu memang MAHA AGUNG dan PENYAYANG pada Baginda Rasululah SAW sehinggakan perkara solat 50 waktu menjadi singkat kepada lima waktu. Dengan lima waktu sehari semalam pun manusia masih lagi melengahkan2 dan mengabaikan solat. 

Bila kita mendalami sejarah Israk Mikraj ini kita pengikut Baginda sepatutnya berbangga dan bersyukur kerana Allah SWT menunaikan permintaan Baginda Rasulullah SAW. Allah Maha Besar.


Bengkel Fotografi Pelancongan Visit Malaysia 2014

$
0
0

Assalamualaikum semua. Bengkel Fotografi Pelancongan yang berlangsung pada tarikh 30 Disember 2013 bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman MATIC, memang sangat bagus untuk blogger seperti aku yang masih mempelajari aspek2 dan teknik2 peting dalam menghasilkan fotografi tidak kira dari segi pelancongan + kehidupan dan sebagainya untuk lebih berkualiti + berinfomasi + menarik + terbaik.

OBJEKTIF PROGRAM BENGKEL PELANCONGAN FOTOGRAFI


  • Kita dapat mempelajari teknik mengambil visual pelancongan yang baik dan tepat khususnya dalam konteks pelancongan
  • Memberikan impak yang berkesan kepada pembaca dan pelancong disamping mempromosikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan PutraJaya sebagai salah sebuah destinasi pelancongan dunia
  • Menyokong insiatif2 Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia seperti MTTP2020:36:168 + Tahun Melawat Malaysia 2014 + Think & Act Tourism + NBOS Volontourism - Volontutoring dan Volunsharing


Encik Azli Halim - Pengenalan Fotografi Pelancongan Semangat dan Gambar ( Pengarah Editor Majalah Santai Travel + Encik Izahar Atan - Teknik dan Tip Fotografi Pelancongan ( Master Photographer Creative Studio Innovation Kumpulan Media KarangKraft



PERKARA ASAS


  • Tidak semestinya kamera yang mahal
  • Periksa fungsi camera
  • Ambil gambar sebanyak mungkin
  • Cari sudut gambar yang terbaik
  • Pastikan saiz gambar - berkualiti tinggi
  • Simpan gambar dengan baik

PRAKTIKAL MENGAMBIL GAMBAR DENGAN 3H


  • Head - Melalui fikiran atau berfikir
  • Heart - Terus sentuh ke hati jika itu pilihan kita
  • Hand - Dan terus ke tangan menyentuh butang bersedia untuk mengambil gambar


Dalam banyak2 yang dipelajari, aku suka bab tektik cara mengambil gambar dengan betul. Kata brother Izhar kena pasang kuda2. Step foward ke depan sikit kaki supaya semasa mengambil gambar tersebut pergerakan pada kamera tidak akan berlaku dan bergoyang. Pernafasan penting. Kena kontrol kalau nak dapat gambar yang cantik.


Beberapa keping gambar yang diambil semasa dalam praktikal. Banyak gambar sebenarnya yang ingin dikongsikan pada masa bengkel kelmarin tetapi kerana rushing perkara lain pilih sajalah yang terlintas. Kata brother Izahar semuanya bagus2 cuma dia memilih 10 keping gambar yang terbaik saja. Salah satunya sahabat blogger aku iaitu MARIA. Tahniah gambar beliau pun ditayang dalam MHI baru2 ini.

 

Bloggers yang hadir - sedang membidik kamera masing2. Klik gambar untuk lihat lebih besar

Seronok hadir ke bengkel seperti ini. Selain dapat mempelajari teknik2 dan ilmu2 tentang fotografi, aku bersama peserta2 lain juga dapat berkenalan dan melebarkan network. Rugi pada sesiapa yang tidak dapat turut serta. Mudah2an tahun 2014 ini masih ada lagi kelas2 bengkel yang berguna untuk blogger2 + jurugambar2 sambilan atau sepenuh masa.

P.S. Dengarnya bulan April ini bakal diadakan bengkel full version. Jangan lupakan aku ya Tuan Azlie Halim. Hehehe... Ok guys.. Ini sajalah sedikit basic untuk kita pelajari hari ini. Nak lebih terbaik pergi kelas ya. Wassalam.


Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai Terbaek boh

$
0
0

Assalamualaikum semua. Pertama sekali terima kasih diucapkan kepada pelakon jelita lagi berwawasan berani mencuba sesuatu Serina Chef Redzuawan kerana menjemput kami bloggers makan2 di restoran Char Koey Teow Simply Delicious yang terletak di The Strand Kota Damansara. Memang teruja sangat bila terima jemputan beliau kerana aku memang peminat havoc Char Koey Teow atau Koey Teow Goreng.

SEDIKIT CERITA TENTANG SERINA CHEF WAN


Usahawan Hebat Serina Chef Radzuan. Jangan sangka bos besar pun tolong angkat hidang + kemas meja tau. Sempoiiii...

Dibesarkan dengan latar belakang masak memasak, Serina Chef Wan mengikut jejak langkah Chef tersohor negara iaitu Datuk Chef Redzuawan atau dikenali sebagai Chef Wan dengan hobinya sejak kecil lagi yang gemar dengan masak memasak. Waktu umur Serina mencecah lima belas tahun, lauk pertama yang beliau cuba masak untuk ayahandanya adalah sambal petai udang dan diikuti dengan lauk kedua kalau tidak silap saya Masak Lomak ikan atau Asam Pedas Ikan. Nak tahu apa jawapan Chef Wan? Marvelos. Apa lagi.. lega dada kena puji. Heeeee...

Sejak umur beliau lima belas tahun hinggalah mencapai dua puluh satu tahun beliau membuktikan kejayaan secara berperingkat2 hingga sekarang (umur dirahsiakan) yang semakin mencabar dengan membuka production sendiri YKS Film Maker Sdn Bhd + Anggun Serina (Pemakanan Tambahan) + Pharmacy Cosway + Rest Char Koey Teow Simply Delicious yang dibuka pada tahun lepas bulan September 2013. Kesemuanya bertempat di The Strand Kota Damansara. Syabas aku ucapkan kepada usahawan muda seperti beliau kerana berani mencuba dan alhamdulillah beliau berjaya. 

Kata2 magik dari mulut beliau "KENA CUBA. KALAU TAK CUBA KITA TAK TAU SUKSES KE TIDAK. SEMUA BISNES ADA RISIKO. KALAU TAK BERJAYA TAKPER. SEKURANG2NYA KITA MENCUBA" Amacam.. ada berani mencuba sesuatu sebelum menyerah kalah? Wa kasi sengat sama lu..

CERITA DI SEBALIK CHAR KOEY TEOW SIMPLY DELICIOUS


Char Koey Teow Simply Delicious Penang Maii yang bertemakan Pink purple ini sebenarnya adalah resipi dari sahabat beliau Kak Salwa atau nama glamour beliau AWA partner bisnes Simply Delicious. Memang pada mulanya aku ingatkan resipi ini datang dari Chef Wan. Selepas pertemuan makan2 kelmarin baru aku tahu yang resipi ini adalah ciptaan kak AWA sendiri. Kalau nak cerita dari A sampai Z memang tak habis. Apa kata kita tengok2 menu yang ada di Restoran Simply Delicious ini.


Hidangan pertama mestilah air. Masing2 tekak terasa haus. Dalam gambar ni dari kiri air ribena Laici + Laici + Asam boy. Bukan menu air ini saja. Blogger2 lain ramai yang order Epal Asam boy. Ada yang sampai order 2 gelas. Semuanya kata sedap. Seger + lega tekak.

MENU UTAMA



Seterusnya menu utama Char Koey Teow terbaek dah sampai. Yang ini Char Koey Teow Special + telur mata lembu = RM8.50. Char Koay Teow Besar = RM7.00. Char Koay Teow Kecil = RM6.00. gambar celok abang Hazman coz gambar aku blur dalam smarphone. Teruja tengok. Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai Terbaek Boh. Bayangkan kuahnya yang sedap dihirup bersama2 mee. Udang seger yang manis lemak.. Sedapnya. Meleleh jer tengok gambar ni.


Koay Teow Goreng Istimewa = RM8.50 + Koay Teow Goreng Besar = RM7.00 + Koay Teow Goreng Kecil = RM6.00. Nak tambah telur udang kerang ada tambahan harga. Korang boleh tengok menu nanti 

Nasi Goreng Udang = RM6.00. Semua harga Nasi Goreng sama. Yang pasti memang sodap. Kena cuba baru tau!!



Sate ayam + daging sebatang = RM1.00. Ketupat atau nasi impit = RM0.70. Otak-Otak = RM5.00 (5 keping). Siapa yang tidak minat dengan sate. Memang terasa rempah serai jintan manisnya. Kuahnya pun sedap. Cuba tau 


Murtabak = RM5.00. Karipap RM5.00 (3 biji). Murtabak dia aku cakap kat korang memang sodap habis. Kulit dia yang garing tuh terasa rangup bila mengunyah. Rasa inti daging + telur + bawang dia tuh memang sedaplah.

PENCUCI MULUT



Mini Pavlova yang awesome = RM6.00

Durian Crepe yang lazat = RM3.50 (sebiji) 


Mini Kek dihidangkan seperti Choc Moist +  Red Velvet + Choc Brownies = RM3.50. Kek Tiramitsu = RM4.00. Difahamkan Chef Wan gemar betul dengan kek Tiramitsu ini. kesemua kek telah dipacking didalam mangkuk plastik untuk memudahkan pelanggan membawa pulang atau makan kemana2 mereka suka. Mudahkan.


Sambil makan sambil berborak. Serina memang sangat2 peramah dan humble. Beliau melayan kami macam sahabat2 dia. Kelakar orangnya. Macam ayahanda dia jugak. Macam2 cerita dikongsikan kepada kami semua. Semua gelak sakan. Riuh bagai restoran Simply Delicious. Masing2 tak kering gusi dan tak boring. Memang bestttt!!! Tapi paling best sekali ramai retis2 datang mencuba. Memang semua kata sedap. Gambar Serina sedang menunjukkan beberapa retis yang telah datang ke Simply Delicious.


Tengah makan2 n borak2 kitorang dikejutkan dengan kehadiran HERO GANGSTER ROCK KASI SENGAT Sofi Jikan. Memang makin riuh ler bloggers. Masing2 nak tunjuk sengat Char Koay Teow. Yang kiri kanan tuh semua pelakon extra. Hahhh... amacam Serina.. ada berani amik diorang berlakon?? Weeeee. Sofi Jikan.. Lu memang Sempoi brother. Wa salut lu. Steady jer. All d best.


Wokey.. masing2 tak nak kalah ehhhh... Tu dia hero2 pelakon extra Sengat Char Koay Teow Simply Delicious. Dari Kiri Jamar + Sohoqe + Hazman + Nazlan + HERO sengat Sofi Jikan + Anarm (malu2 gitu) + Kid + Ahmad Fauzan + Mawardi punya sengat ke bawah tokk + Ijam Nizam (Retis tuh). Macam frame jer.. hahaha... Cuba bakat. 


Hahhh.. Gegal2 pun tak nak kalah. Nak sengat jugak. Dari Kiri Nannie + Izzati + Liza + aku Nurmisnan + HERO sengat + Deq Noor + Ruzana. Masing2 punya sengat macam senget jer.. Bahahaha.. Jangan mara aaaah...

KOMEN TENTANG #CHARKOAYTEOWSIMPLYDELICIOUS


Suasana restoran memang happening. Ramai orang datang mencuba dan menjadi pelanggan setia. Kerusi meja dan hiasan dinding memang simple dan kemas. Tidak terlalu memenuhi ruang kedai. Berkonsepkan warna pink dan purple memang dapat menarik pelanggan dari luar untuk cuba masuk mencuba. Harga yang berpatutan. Layanan dari pekerja2 memang peramah dan cepat. 

Kerusi meja memang cantik dan kemas tetapi untuk aku sedikit tidak selesa. Kemungkinan terlalu rendah dan kecil bagi yang berbadan besar atau kaki panjang seperti aku. Hiasan dinding kalau dibuat khas untuk gantung gambar2 artis dan pelanggan yang datang pasti lebih menarik. kebersihan memuaskan. Rating kesemuanya 4.5

Ok guys.. Itu saja yang sempat aku kongsikan untuk perjumpaan bersama Srrina dgn bloggers + review makanan Char Koay Teow Simply Delicious. Kalau nak tahu lebih lanjut sodap ke tidak, korang boleh cuba sendiri datang dan rasa baru komen. Kata orang tekak masing2 tak sama. So apa kata kalau korang yang dah pergi boleh share atau kongsikan di kotak komen dalam tajuk ini. Mana2 yang ada perlu diperbetulkan Puan Serina terima dan akan cuba memuaskan hati semua orang.


CHAR KOAY TEOW SIMPLY DELICIOUS
13-G, Encorp Strand, Jalan PJU 5/20A,
Dataran Sunway, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03 - 61514112
Facebook charkoayteowsimplydelicious
FaceBook Serina Oluanaigh
IG - SerinaRedzuawan
#CharKoayTeowSimplyDelicious

Kemudahan = Internet disediakan + surau. Telekong sejadah semua ada. Memudahkan para pelanggan untuk bersolat. Makan2 juga tapi solat jangan lupa boh.


Nota. Kalau korang dah pergi sana jagan lupa kongsikan gambar2 korang di IG dan hashtag gambar2 korang ya. Mana tau ada rejeki dapat hadiah. Hahhhh... macam best jer. Hadiahnya adalah ucapan TERIMA KASIH. Itu jer.. Jangan Mara aaaa... Ok guys. Terima kasih untuk semua bloggers yang hadir dan terima kasih juga kerana sudi membaca.


Snowdrop Cloth pad sihat selesa selamat dan menjimatkan

$
0
0

Assalamualaikum semua. Selalunya bila kaum perempuan kedatangan haid pasti sudah sediakan sesuatu yang amat terpenting untuk menyelesaikan masalah mereka. Bukan sahaja pil penahan sakit senggugut dan minyak angin tetapi pad yang digunakan juga haruslah yang lebih selamat + selesa + mudah dibawa. Disini aku ada sesuatu yang lebih bagus untuk dikongsikan kepada semua. Kaum lelaki juga jangan ambil ringan tentang perkara ini ya. Ini semua untuk kebaikan kaum perempuan. Sila ambil masa untuk membaca.

APA ITU CLOTH PAD 


Cloth Pad + pelapik wanita atau lebih senang kaum perempuan panggil KOTEX merupakan tuala wanita yang diperbuat dari kertas kitar semula atau pulpa kertas yang mengandungi kimia + toksik yang merbahaya. Apabila kimia + toksik ini bertindak balas dengan darah ia akan membiak bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan faraj + keputihan yang tidak normal bagi sesetengah kaum perempuan.

Bila jangkitan berlaku maka terjadilah pelbagai penyakit terutama pada bahagian faraj. Akan terasa kegatalan + ruam kemerahan + keputihan + paling buruk sekali gangguan hormon dan penyakit merbahaya seperti toksik "Dioksin" yang boleh memasuki badan + perlahan2 melalui peredaran darah. Ia mengambil masa bertahun2 untuk berkumpul dan MEMBUNUH' dalam diam. Kajian juga telah menunjukkan bahawa pekerja kimia yang terdedah kepada tahap dioksin mempunyai peningkatan risiko kanser.

Ramai tidak sedar bahawa bahagian sulit + rahim perempuan telah terdedah secara terus kepada dioksin yang merbahaya. Dengan tindak balas darah dan toksik serta bahan kimia yang terkandung di dalam pad pakai buang, faraj akan menjadi gatal + ruam. Jka badan tidak cukup kuat sangat mudah mendapat pelbagai jenis penyakit seperti kanser serviks yang boleh membawa kepada kematian. Tisu pertumbuhan abnormal dalam faraj seperti endometriosis + sista ovari + fibroid + lain2 masalah lebih teruk. Tambahan pula ia boleh menghalang daripada hamil + tidak subur + mengganggu hormon.

Kita juga akan mengalami gangguan emosi seperti menjadi malu jika orang tahu masalah yang dihadapi + bimbang tentang apa yang akan berlaku. Bukan seperti perempuan pada zaman nenek moyang kita di mana mereka jarang sekali mempunyai masalah sakit puan seperti endometriosis, sista ovari dan juga ketidaksuburan.

Apa punca darah berbau

Kita akan terkejut bahawa darah sebenarnya tidak mengeluarkan bau yang menjijikkan. Darah kita sememangnya steril + bersih pada mula ia keluar dari faraj. Ia hanya berbau darah yang normal sama seperti darah yang keluar dari mana2 bahagian badan yang lain. Bau yang busuk sebenarnya adalah kesan dari tindak balas kimia antara darah dan bahan kimia di dalam pad pakai buang, bukanlah dari bau darah itu sendiri.

KENAPA WAJIB BERTUKAR SNOWDROP CLOTH PAD


Wajib bertukar kepada Snowpad Cloth Pad kerana bukan sahaja selesa dan selamat malahan banyak keuntungannya.
  • Dengan lapisan penyerap yang diperbuat daripada mikrofiber yang anti-bakteria untuk menyerap kelembapan empat kali berat asalnya.
  • Pad dan Liner Snowdrop telah direka untuk melekap dengan baik tanpa mengerutkan seluar dalam anda, terutamanya bahagian di belakang untuk perlindungan yang lebih baik dan selesa sepanjang hari.
  • Pad dijahit bahagian atas di sekeliling, dan bukan dijahit tepi seperti kebanyakan pad kain yang lain (jahit tepi lebih cepat dan lebih murah) tetapi juga tidak tahan lama (lebih mudah ditarik terutamanya jika dimasukkan ke dalam mesin basuh)
  • Lapisan penyerap dan atas dijahit bersama di tengah-tengah untuk memberi kesan yang nipis, kemas dan selesa. Lapisan kalis air tidak dijahit di tengah bagi mengelakkan tembus dan kebocoran.
  • Kami hanya menggunakan fabrik import yang berkualiti tinggi, kami juga menempah khas fabrik seperti mikrofiber yang anti-bakteria, nilon bersalut PU untuk memberi prestasi yang maksimum, fungsi dan ketahanan kepada semua produk. Kedua-dua mikrofiber anti-bakteria dan nilon bersalut PU adalah diperakui Oeko-Tex Standard.
  • Mutu kerja yang berkualiti, setiap satu daripada pad kami adalah buatan tangan dengan cermat dan terperinci untuk kualiti yang konsisten.
  • Snowdrop menawarkan pilihan corak yang pelbagai dan rekabentuk yang sesuai dengan jiwa dan perasaan setiap wanita.
  • Fabrik bercorak yang digunakan diimport khas dari pereka kain kapas USA yang bermutu tinggi, tidak mudah luntur dan tahan lasak.
  • Harga yang berpatutan dengan kualiti yang tidak berkurang, jika dibandingkan penggunaan jenis fabrik yang lebih kurang sama, harga dan ukuran saiz dengan pad kain lain di pasaran, jenama Snowdrop adalah antara yang termurah anda akan jumpa. Kami hanya menyedari tentang ini setelah beberapa orang pelanggan sendiri tampil dan memberitahu tentang perbandingan serta perbezaan ini. Sila buat perbandingan sendiri tentang tiga komponen yang disebut.
  • Snowdrop menawarkan jaminan untuk kecacatan atau kerosakan dari proses pengilangan (selama 1 tahun). Sila rujuk syarat jaminan.

PENGALAMAN MENGGUNAKAN SNOWDROP PAD


Setelah menggunakan sendiri Snowdrop Pad ini ternyata semuanya benar belaka. Bukan sahaja rekaan yang sangat halus + menarik pada segi warna dan corak malahan selesa dan selamat digunakan walaupun pada aliran yang banyak. Memang tidak was2 aku gunakan kerana material pad ini diperbuat dari mikrofiber anti bakteria yang sangat selamat dan selesa dipakai. Yang paling best sekali tiada rasa kegatalan pada kulit dan ruam seperti penggunaan pad2 yang biasa.

Senggugut sudah tentu memang ada setiap kali datangnya period tetapi setelah menggunakan Snowpad  cloth pad senggugut berkurangan dan aliran haid berjalan dengan lebih baik.

Pemakaian dengan aliran yang banyak haruslah ditukar pada pad yang baru untuk mengelak dari kebocoran. Selalunya selepas lima atau enam jam sudah memadai untuk bertukar kepada yang baru.

Cara menggunakan Snowdrop Pad


Seperti pad atau pelapik wanita biasa digunakan. Bezanya cuma dibutangkan dan siap. Pilihan saiz pad juga haruslah mengikut pada aliran haid masing2. Jika hari pertama dan kedua pengaliran haid banyak maka aku sarankan gunakan saiz jenis Medium Dew atau Heavy Stream. Tetapi bagi aku lebih selesa jika menggunakan saiz jenis Maternity kerana lebih panjang dan lebih besar. Sangat selesa jika dipakai semasa tidur. Tiada gangguan atau risau dengan kebocoran. Tidur pun lena.

Dan selepas memasuki hari yang ke empat dan seterusnya sudah boleh bertukar kepada saiz Light Mist yang lebih kecil + tipis + tidak banyak aliran haid.

Jenis kualiti dan saiz Snowdrop Pad


Material Jenis Minky = Pembinaan Lapisan, Lapisan atas diperbuat daripada minky yang sangat lembut. Lapisan dalaman terdiri lapisan mikrofiber yang anti-bakteria sebagai penyerap dan lapisan kalis air nilon bersalut PU bagi mengelakkan kebocoran. Lapisan belakang(bawah sekali) ialah 100% kain kapas bercorak yang diimport dari USA. Dilengkapi dengan dua butang poli-resin untuk memudahkan penyesuaian saiz.


Dilengkapi dengan dua butang poli-resin untuk memudahkan penyesuaian saiz. Penggunaan Pad kain boleh digunakan selama mana pad pakai buang. Setiap pad biasanya boleh bertahan sehingga 5-7 jam, bergantung pada aliran individu. Tukar seberapa kerap yang anda selesa dan perlu sepanjang hari untuk memastikan keselesaan yang berpanjangan.

Cara membasuh Snowdrop Pad

  • Dengan hanya alirkan air paip ke snowpad secara menegak dan biarkan air mengalir ke bawah. Perah secara perlahan2 hinggalah pad bertukar kepada jernih dan tiada lagi darah.
  • Rendam snowpad kedalam besen atau baldi yang berisi sabun cuci pakaian. Biarkan semalam dan basuh dengan tangan secara menggosok2 atau masukkan ke dalam mesin. Bilas seperti biasa.
  • Jangan sekali2  menggunakan pelembut kain atau peluntur kerana bahan2 tersebut boleh menutup lubang pada kain fabrik dan boleh menggangu serapan pada mikrofiber serta merosakkan meterial.
  • Jemur Snowdrop Pad dengan cara menyangkutkan reben yang telah disediakan. Snowdrop Pad mudah kering + senang disimpan + mudah dibawa kemana2 saja.

Bag Basahan Snowdrop Pad


Penyelesaian untuk menyimpan pad dan pelapik kain anda. Cara yang paling mudah untuk perjalanan dekat mahupun jauh dengan kemas dan selesa ketika menggunakan pad kain. Cantik dan kemas serta memudahkan kaum hawa menyimpan pad yang ditukar pakai disimpan dengan lebih selamat. Mudah dibawa ke mana sahaja pergi.
  • Bersaiz = 9 inci x 7 inci
  • Terdiri daripada minky yang sangat lembut.
  • Dilapisi dengan lapisan kalis air nilon bersalut PU.
  • Berzip untuk menahan bau dan kelembapan dari keluar.
  • Gelung adalah 9 inci panjang.
  • Boleh memuatkan sehingga 9 keping pelapik Dry Flux, atau 3 hingga 5 keping saiz pad yang lain.

Jadi bertukarlah kepada Snowdrop Pad yang lebih selamat + selesa + bekualiti + dijamin serta jimat berbelanja. Snowdrop Pad dijamin boleh diguna pakai selama beberapa tahun sehinggalah pad tersebut sudah rosak dan terkoyak. Waranty Snowdrop Pad hanyalah setahun sahaja. Baca syarat jaminan setahun

Sebarang pertanyaan mengenai Snowdrop pad atau harga dan sebagainya boleh layari 
Facebook/Baby.Snowdrop atau website snowdrop.com.my

Sebelum tutup tirai boleh lihat video ini. Sekurang2nya kita tahu akan bahaya pad diluar sana.


Nota : Kalau biasa kita gunakan satu bag pad atau pelapik wanita yang berharga RM7.00 x 12 bulan = RM84.00. Belum campur lagi untuk pad liner + pad bersaiz sederhana. Berapakah cost belanja pad sahaja? Namun apakah yang lebih penting? Ciri2 Keselamtan + Keselesaan + Antibakteria + dijauhi dari sebarang penyakit puan + jimat dan banyak lagi kebaikan yang dapat.


Viewing all 261 articles
Browse latest View live