Quantcast
Channel: kongsibersamanora
Viewing all 261 articles
Browse latest View live

Giveaway Tunai RM500 by SyuhadaBaharudindotcom

$
0
0
Assalamualaikum guys.. Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah kepada Syuhada sempena menyambut Ulang Tahun Perkahwinan beliau yang ke lapan. Dengar khabar beliau meraikan hari bahagia di Bali, Indonesia bersama suami tercinta.

Mula mengenali Syuhada sewaktu mula menerjah masuk blog beliau sejak 2013 tetapi tidak pernah berjumpa. Hanya menjadi pembaca senyap saja sehinggalah pertemuan mata ke mata sewaktu majlis SEPETANG BERSAMA BLOGGER anjuran Denaihati. Kebetulan aku semeja pula dengan beliau. Hahhh... borak2lah. Orangnya comel dan cantik. Sesuai dengan imej usahawan wanita gitu.


Sempena dengan ulangtahun perkahwinan Syuhada yang ke lapan ini, beliau ingin merasmikan Giveaway Tunai RM500 by SyuhadaBaharudindotcom yang bermula pada 3haribulan Jun 2014 sehingga 30haribulan Jun 2014. Giveaway ini akan berlangsung selama hampir sebulan.

Syarat2nya mudah saja. Ikut korang ler nak kongsikan tentang apa mengenai Syuhada. Mudahkan. Dan hadiahnya pun best. Wang Tunai RM50.00 + 1 Sabun Pemutih Carawhite bernilai RM 60.00  x 10 Pemenang. Siapa tak nak kan. So apa lagi. Jom ler join reramai. 

Sempenan Hari Ulang tahun perkahwinan Syuhada dan suami, aku ingin mengambil kesempatanlah untuk korang berdua agar sentiasa sihat walafiat + sukses dalam bisnes + bahagia dunia dan akhirat. Aminn InsyaAllah.


Satu gift kecil untuk u Syuhada. Jangan tuntut. Ini hanyalah gimik sahaja. Hahahaha... gurau2

Nota : Aku suka baca bab tips atau petua2 ni. So tips perkongsian dari Syuhada ni memang best. Jom baca.




Penawar Sesak Nafas

$
0
0
Assalamualaikum guys. Hari ini aku nak kongsikan petua penawar sesak nafas kepada korang. Akhir2 ini cuaca begitu panas dan berjerebu. Udara yang kotor mampu membuatkan kita yang ada penyakit lelah dan semput mudah mendapat sesak nafas dan orang yang mempuyai penyakit sesak nafas ini memiliki badan yang kurus.

Penawar Sesak Nafas

Sambung baca lagi »

Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor menganjurkan Program Jalinan Ramadan

$
0
0

Assalamualaikum dan salam Ramadan. MasyaAllah.. sekejap sahaja masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah masuk ramadan kelima kita berpuasa. Masjid2 dipenuhi ramai tetamu Allah untuk menunaikan solat Tarawikh bersama2 jemaah yang lain. Syukur alhamdulillah kita panjatkan doa sekali untuk saudara kita di Syria Gaza Afrika Rohingya China Afghanistan Iraq dan seluruh dunia agar mereka diberikan kesihatan dan rejeki yang berganda2.
Sambung baca lagi »

Buffet Ramadan Laman Kayangan bersama Denaihati bloggers

$
0
0
Assalamualaikum. Alhamdulillah.. baru2 ini aku dijemput berbuka puasa di Laman Kayangan Shah Alam bersama YB Tuan Haji Amir sekeluarga + Ustaz Nohaz sekeluarga + Team Denaihati + bloggers yang dikasihi . Secara ringkasnya memang terujalah bilamana dapat menikmati buffet ramadan di Laman Kayangan ni. Sangat2 cantik + menarik + dipenuhi menu2 yang MasyaAllah sedap2 belaka.
Sambung baca lagi »

Berina C Plus - makanan sunnah Rasulullah untuk minda dan kesihatan

$
0
0
Assalamualaikum. Korang pernah cuba Berina C Plus? Apa bendanya tu? Tetapi kalau sebut makanan sunnah sudah tentunya ramai yang tahu. Mari aku perkenalkan apa bendanya tu. Berina C Plus adalah formula makanan sunnah Rasulullah SAW yang dibuat khas dari bahan2 terpilih dan kaya dengan Vitamin A, C, E + Zat Besi yang dapat membantu memberi kesan yang baik pada individu yang mengamalkannya. Satu formulasi yang membantu memberi kesan positif dari sudut jasmani dan rohani anak2 serta orang dewasa.

Sambung baca lagi »

Sup ketam penawar demam denggi

$
0
0
Assalamualaikum guys. Sup ketam penawar demam denggi. Jika tidak dirawat dengan cepat akan membawa kepada maut. Sekarang ini musim hujan. Pastinya ramai di kalangan kita mengalami penyakit demam dan selsema. Paling ditakuti adalah demam denggi biasa atau berdarah. Kita juga tahu demam denggi berdarah paling merbahaya dan sukar untuk diubati. Namun jika kita tahu bagaimana caranya untuk mengubati demam denggi, insyaAllah semuanya atas izin dari-Nya...
Sambung baca lagi »

Badam jus halia penawar sakit kepala

$
0
0
 

Assalam guys. Sakit kepala adalah penyakit yang boleh membuatkan kita menjadi stress dan tidak boleh melakukan apa2 kerja. Setiap kali hadirnya penyakit ini pasti korang akan mencari penawarnya untuk melegakan kesakitan iaitu pil2 seperti panadol + ponstan.
Sambung baca lagi »

Mudah kurus dengan Vene Losyen

$
0
0
 

Assalam guys. Hahhh... masih ada lagikah antara kita yang membuat rumah terbuka akhir2 penghujung syawal ini? Aku alhamdulillah banyak juga mendapat jemputan rumah terbuka dan majlis perkahwinan. Banyak jemputan maka banyak juga merasa makanan yang sedap2 dihidangkan. Bila banyak yang diisi maka banyak juga disimpan lemak2 dalam badan. Ada tu sampai menahan perut tidak mahu makan gara2 sudah terlebih berat badan. Apa lagi berdietlah korang hendaknya.
Sambung baca lagi »

Khasiat misai kucing dan pokok herba catnip

$
0
0
Assalamualaikum guys..
Khasiat Misai kucing mempunyai rahsia tersendiri disebalik bunga + daun + akarnya. Mempunyai bunga yang sangat cantik berwarna putih ungu dan lebih kurang sama dengan pokok herba Catnip. Bezanya disini bunga Misai kucing + Catnip adalah pokok herba yang berbeza pada warna + bau + khasiatnya. 

Biarpun begitu ada sesetengah orang mengatakan haiwan kucing juga suka bermain dengan pokok herba misai kucing terutama pada akarnya. Sejauh mana kebenaran itu nanti kita selongkar. Minggu lepas aku ada kongsikan kepada semua tentang pokok herba Catnip iaitu pokok ganja untuk kucing2 manja korang. Ada masa boleh baca Krazee kitty mangkuk ganja kopi
Sambung baca lagi »

Cerita nasi katok Brunei

$
0
0
Nasi Katok zaman sekarang
Assalamualaikum. Cerita nasi katok telah bermula selepas kenyangnya perut aku yang baru menelan nasi katok sebungkus yang dibeli dari sebuah warung. Dengan harganya yang sangat2 murah memang berbaloi2 membelinya.

Sambung baca lagi »

Cara memutihkan gigi paling murah mudah selamat

$
0
0
Assalam guys. Semua orang inginkan gigi yang putih berseri. Miliki gigi yang putih dapat memberi senyuman kita lebih menawan tertawan. Tapi bukan semua antara kita memiliki gigi putih semulajadi. Ada yang memiliki gigi berwarna kuning semulajadi. Hahhh bab yang tu memang tak boleh nak tolonglah kecuali kita tukar kesemua gigi2 yang ada. Tapi tak salah kalau mahu mencuba. Mana tahu kuasa Allah SWT tetiba menjadi plak petua ni. Alhamdulillah... yang penting mesti cuba.

Petua memutihkan gigi paling murah dan mudah untuk kita cuba. Bahan2 pun mudah didapati di rumah dan dipasaraya. Tetapi sebelum itu mari kita ambil tahu sedikit info tentang bahan2nya.

Bahan2 untuk memutihkan gigi

1. Bikarbonat Soda atau Baking Soda
  • Natrium bikarbonat atau natrium hidrogen karbonat adalah sebatian kimia dengan NaHCO3 formula. Natrium bikarbonat adalah pepejal putih seperti kristal seperti serbuk halus dan rasanya sedikit masin dan rasa alkali menyerupai sodium karbonat.
2. Limau Nipis
  • Jus buah limau nipis membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid. Asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Asid sitriknya juga boleh digunakan untuk melegakan perut dan melancarkan penghadaman. Limau nipis juga mengandungi vitamin A dan vitamin C
3. Kulit Pisang
  • Secara umum, kulit pisang banyak mengandung karbohidrat, air, vitamin C, kalium, lutein, anti-oksidan, kalsium, vitamin B, lemak, protein, beragam vitamin B kompleks di antaranya vitamin B6,  minyak nabati, serat, serotonin dan banyak lagi lainnya.

CARA PERTAMA MEMUTIHKAN GIGI




SATU SUDU BAKING SODA
SETENGAH LIMAU NIPIS ATAU LEMON
SEDIKIT ISI DALAM KULIT PISANG

  1. Keruk atau kaut kulit pisang
  2. Perah limau nipis pada baking soda dan pisang
  3. Semasa memerah limau akan berlaku buih. Jangan diusik. Biarkan buih2 itu hilang baru gaulkan kesemua bahan menjadi rata
  4. Pastikan gigi korang sudah dibersihkan dari sisa2 makanan
  5. Gosok dengan jari atau gunakan berus gigi. Gosok keseluruhan gigi seperti gosok gigi
  6. Biarkan 15 atau 20 minit.
  7. Terkena lidah tidak mengapa. 
  8. Basuh kumur seperti biasa.
  9. Lakukan seminggu sekali sahaja.
  10. JIKA TIADA KULIT PISANG PUN TIDAK MENGAPA.

CARA KEDUA MEMUTIHKAN GIGI


Memutihkan gigi dengan menggosok isi kulit pisang pada gigi

  1. Ambil kulit pisang 
  2. Gosokkan isi dalam kulit pisang ke gigi 
  3. Ikut seperti dalam gambar.
  4. Bahagian dalam potong kecil kulit pisang dan gosok
  5. Biarkan sebentar dan lap bersih menggunakan tuala bersih
  6. Lakukan setiap hari pun tidak mengapa tetapi mengambil masa sedikit lama


Wokey korang. Sudah kongsikan petua cmemutihkan gigi dengan bajet yang murah dan selamat. Tiada kesan sampingan. Jangan risau. Anyways banyak sebenarnya kebaikan Baking Soda + Limau Nipis + kulit pisang ni.


SEDIKIT PETUA UTK DIKONGSI BERSAMA

  • Cara menghilang bau karpet rumah - Taburkan baking soda pada keseluruhan karpet. Biarkan 1 atau 2 jam. Tapi aku lebih suka selepas tabur, aku gulung sekejap. Selepas 2 jam baru aku vacium sampai bersih. Tidak perlu jemur diluar.
  • Cara menghilangkan sakit kepala - Selain ayat Quran, kulit pisang juga dapat menghilangkan stress dan sakit kepala. Hancurkan atau tumbuk kulit pisang sampai hancur. Lumurkan atau tepek diatas kepala dan dahi. Rehat seketika tanpa membuat satu kerja. Sambil tu berselawat nabi. Akan reda sakit kepala
  • Cara membuat masker - Ambil setengah limau nipis + sesudu kecil madu + sesudu besar gula + sesudu besar susu = Campurkan kesemuanya hingga rata. Sapu keseluruhan muka dan leher. Biarkan Setengah jam. Bilas dengan air sejuk. Lakukan seminggu sekali. Dapat melicinkan dan membersihkan kulit serta memutihkan secara semulajadi.
Nota
Banyak sebenarnya kehebatan herba2 buah2an dan bahan2 yang kita sendiri kurang tahu untuk menggunakannya. InsyaAllah.. akan ada susulan perkongsian yang boleh digunakan dan diamalkan bersama. Selamat mencuba pertua cara memutihkan gigi paling murah mudah selamat


Jika suka info ini jom sama2 klik LIKE dan kongsikan pada semua. Syukran guys...


Wordless Wednesday #85

Sepetang bersama blogger 2014 kongsi ilmu rejeki bersama

$
0
0

As salam guys. Sepetang bersama blogger 2014 yang diadakan pada 8 Mac 2014 dilokasi, Saloma Bistro and Theater Restaurant Jalan Ampang, Kuala Lumpur memang sangat meriah dan santai. Lagi2 ditambahkan dengan kehadiran bloggers seramai 340 orang dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Serawak + beberapa orang bloggers dari Indonesia.
Sambung baca lagi »

Restoran Bisik Bisik Shah Alam menyediakan makanan Johor paling meletop

$
0
0
Assalamualaikum. Siapa tidak suka makan. Lagi2 jika makanan itu sedap popular dan terangkat punggung bila menikmatinya. Dua minggu lepas aku dan beberapa bloggers lain dijemput oleh tuan punya Restoran Bisik-Bisik Shah Alam, Puan Ain untuk makan2lah. Jadi dengan senang hati kami menerima jemputan beliau. Tetapi sebelum itu mari kita ambil tahu sedikit tentang Restoran ini. 

Restoran Bisik-Bisik memulakan operasi sejak Ogos tahun 2010. Dengan kepakaran pengurusan Syarikat MARIZA REZEKI ENTERPRISE, Bisik-Bisik membawa hidangan khas dari Daerah Muar dan selera orang Johor Darul Takzim. Jadi tidak perlulah cari jauh2 sampai ke negeri Johor untuk menikmati makanan orang Johor yer dok. Lagi2 bila kita dapat menikmati Kacang Pol. Haaaa... pandu kereta ke Restoran Bisik-Bisik Shah Alam Sek 7 saja. Tak perlu ke Larkin Johor.


Restoran Bisik-Bisik Shah Alam sentiasa penuh degan pelanggan. Ehsan gambar Eshamz

APA MENU SPECIAL DI RESTORAN BISIK-BISIK

Menu special Restoran Bisik-Bisik memang sangat special menunya. Kalau dah sebut Johor pastinya kita akan terbayang Asam Pedas + Mee Rebus + Mee Bandung dan sebagainya. Di Bisik-Bisik juga bukan sahaja ada menu Malaysia sahaja malahan ada juga masakan Barat Western dan Masakan Panas. Apa lagi guys, jom kita intai2 masakan Malaysia dulu. Apa yang best sesangat yang ada di Bisik-Bisik ni ekkk... 


Mee Bandung Muar atau orang Johor panggil Muor, paling terkenal di sekitar Johor dan killer menu di Restoran Bisik-Bisik. Yang paling specialnya udang galah yang digunakan di datangkan khas dari negeri Sabah. Punyalah jauhkan. Selain Mee Bandung Udang Galah, Bisik-Bisik juga ada menu Mee Bandung Tulang + Mee Bandung Ketam. Yang kami punya ni Mee Bandung Udang Galah. Rasanya berbeza dengan Mee Bandung biasa kerana ada rasa udang galahnya. Harga  untuk Udang Galah RM29.90 saiz (A) dan RM15.90 size (B) + Mee Bandung Muar sekitar RM5.00 - RM15.00

Mee Rebus Johor memang terkenal akan Mee Rebus terbaik. Rasa kepekatan kuahnya yang direbus menggunakan air tulang2 lembu membuatkan kuah Mee Rebus menjadi super power gitu. Memang tiada tandingannya. Jika dihidangkan juga ada kelainannya seperti yang kami order ini MEE REBUS TULANG. Siap dengan straw sekali agar korang dapat menikmati segala lelemak yang ada dalam tulang rebus tu. Memang awesome. Sekali sedut masyaAllah nikmatnya tak hengat. Selain itu disediakan juga Mee Rebus Johor biasa + Mee Rebus Kuah Ketam. Harga dari RM5.00 - RM9.00

Laksa Johor mempunyai keunikan pada mee yang digunakan. Selalunya bila sebut laksa pasti kita guna mee beras yang bewarna putih tetapi Laksa Johor pula keunikannya menggunakan mee spaghetti dan dihias dengan sayur beserta sambal belacan. Memang terangkat dan sedap. Berlainan dengan laksa Penang. Dua2 berbeza rasa dan kesedapannya. Harga Laksa Johor RM6.00 sahaja. Recommended untuk korang yang suka makan laksa


Asam Pedas bukan makanan asing bagi orang Johor. Ramai orang Malaysia gemar masakan Asam Pedas. Tidak kira baik dari Asam Pedas dengan pelbagai bahan mentah seperti ikan + daging. Kedua2nya berbeza rasa. Dalam menu ini adalah Asam Pedas Mak Kiah - Set nasi putih. Pilih saja mahu Asam Pedas ikan Jenahak + Patin + Merah + Kembong + Pari + Tenggiri. Asam Pedas Kepala Ikan pun ada. Harga dari RM7.90 - RM25.00


Asam Pedas Ikan Patin. Sedap dimakan bersama nasi putih panas beserta ulam mentimun. Alhamdulillah memang menyelerakan


Dan satu lagi menu yang korang jangan lepas order. Siapa tidak kenal dengan menu Kacang Pol. Makanan ringan kegemaran orang Johor beb. Dimasak dengan daging lembu hancur bersama rempah2 dan dicampurkan dengan kacang Pol dihancurkan dan sebahagiannya dibiarkan asal agar bila menikmati kuahnya akan terasa daging + kacang + telur separuh masak. Rasanya yang manis masam berempah dimakan dengan roti kepingan tebal disalutkan butter atau planta yang panggang. MasyaAllah... nikmatnya tak terhingga. Tidak perlu memandu jauh ke Kedai kacang Pol Haji Larkin, Johor kerana kacang pol Restoran Bisik-Bisik di datangkan khas dari sana. Puan Ain mengambil order dari tuan Haji setiap 2 hari sekali sebanyak 300 mangkuk. Harga sekitar RM6.00


Yang ini adalah menu Panas Nasi Goreng Anak Bujang. Nama pun dah unik. Digoreng nasinya dan dibalut dengan telur dadar dan dihiasi dengan burung puyuh goreng. Seksi gitu burung tu posing. Yang ini tak dan aku nak merasanya. Toleh2 dah habis diorang belasah. haaaaaaa... sedap ler tuh. Harga RM9.00  Psssstttt... saper nak jadi bujang dara kena cuba menu ni. Pastinya bujang selamanya gitu. kih3... gurau3..  Ehsan gambar dr Eshamz


Di Restoran Bisik-Bisik memang ada pelbagai menu minuman yang lazat2. Paling popular sekali adalah menu  dari kiri Air Jagung Bisik-Bisik + Air Bandung Soda + Air Kathira. kesemuanya berharga RM3.50 Memang terbaik. Korang kena cuba ni. Ehsan gambar dr Eshamz

Alhamdulillah.. bila sudah kenyang baru kita dapat tarik tuan punya kedai iaitu Puan Norhaliza aka Ain yang tak henti2 kehulur kehilir melayan pelanggan. Bayangkanlah walaupun mereka mempunyai 17 orang pekerja termasuk siang dan malam, mereka nampak tetap sibuk melayan pelanggan. Begitulah hebatlah Restoran Bisik-Bisik ni. Sebelum pulang kekenyangan kami semua sempat bergambar bersama Puan Ain dan partner Bisik-Bisik.


Haaaaa.... tengok ler muka2 yang sudah kekenyangan. Bagus dan sedap trade mark kami. Dari kiri Nooraini + Hanny + Aku Nurmisnan + tiga orang owner Restoran Bisik-Bisik termasuk Puan Norhaliza aka Ain + Roshidayu + Cheq Em + Esham. Suami Nooraini Mr. Puex sedang menembak kami. Dushhh... Ehsan gambar dr Puex 
Nota : Kalau rasa2 nak Restoran Bisik-Bisik, pastikan korang datang awal kerana kerusi meja selalunya penuh. Jangan risau, services memang cepat. Pekerja2 semuanya peramah2. Otak2 dan nasi ambeng pula jangan lupa mencuba. Memang sodap. Kalau korang kesana jangan lupa guna #BisikBisikSek7 kerana itu hashtag kami guna. So jangan lupa ekkk. Nak senang ke Bisik-Bisik guna GPS Unisel Shah Alam. Sobolah jer tuh.. Memang nampak papan tanda merah Bisk-Bisik.





RESTORAN BISIK-BISIK
Lot 9 & 10, Kompleks Anjung 7, Jalan Zirkon B7B 40000 Shah Alam Selangor
Phone: 0177317803, 0177584680 & 0172584832
Website: www.bisikbisik.com
GPS UNISEL SHAH ALAM kalau x jumpa.

Isnin hingga Ahad: 12:30 Tgh Hari - 12:30 Malam
Cuti pada hari RABU, minggu kedua dan keempat setiap bulan

KALAU SUKA ENTRY NI KASI KREDIT LIKE OR G+.. SYUKRAN GUYS


Solat sunat Khusuf dan kusuf serta kejadian gerhana

$
0
0
 
kredit gambar untuk wiki

Solat sunat muakkad berjamaah kedua yang utama ialah solat gerhana, sama ada gerhana bulan (al khusuf) ataupun gerhana matahari (al kusuf). Solat ini disyaratkan pada Rabiul Awal tahun 10 Hijrah bersamaan Jun 631 Masehi. Pada hari itu berlaku gerhana matahari. Mengikut kepercayaan karut orang Jahiliah, apabila berlaku gerhana maka sesuatu yang buruk telah berlaku di bumi.

Ditakdirkan Allah, pada hari tersebut anak lelaki Nabi bernama Ibrahim , wafat. Melihat hal itu ramailah orang islam percaya bahawa gerhana itu ada kaitan dengan kematian Ibrahim, anak Nabi. Ada yang mengatakan gerhana itu adalah mukjizat Ibrahim. Nabi mendengar kata2 orang itu. Setelah selesai mengkebumikan anaknya maka Nabi pun pergi ke masjid dengan tergesa2, lalu diajaknya orang Madinah solat gerhana matahari.

HIKMAH
Ramai orang bertanya mengapa kita solat gerhana sedangkan gerhana adalah kejadian alam? Memang dalam Islam gerhana adalah kejadian sunnah Allah, seperti disebut oleh Nabi "Bahawa matahari dan bulan adalah salah  satu dari ayat Allah SWT, bila berlaku gerhana maka bukanlah disebabkan seseorang mati atau hidup. Apabila berlaku maka bertakbirlah dan bersedekah dan dirikan solat" (Bukhari Muslim)

Solat yang didirikan pada masa gerhana bukanlah untuk menyelamatkan bulan dan matahari, bukan juga untuk mengelakkan bala yang akan datang. Sebaliknya untuk meningkatkan keimanan kepada Allah disamping menanamkan pemikiran saintifik dalam budaya orang ilam. Orang Islam dikehendaki mengetahui dan sentiasa menyedari peranan matahari dan bulan dalam kehidupan manusia dan kehidupan lain di bumi.

Maka itu mengikut Quran orang Islam lelaki dan perempuan dikehendaki menjaga bumi dan ekologinya supaya tidak rosak dan tercemar. Dengan mendirikan solat gerhana dan mendengar khutbahnya diharapkan manusia sedar akan tanggungjawab menjaga bumi di hadapan Allah dan berasa kerdil dan lemah terhadap Keagungan Allah SWT.

SOLAT
Solat ini lebih utama dilakukan secara berjemaah, namun boleh juga dilakukan secara bersendirian.

Apabila berlakunya gerhana, maka umat Islam lelaki dan perempuan yang berada di tempat berlakunya gerhana itu berhimpun di masjid atau surau, mendirikan solat gerhana secara berjemaah. Jika tidak dapat berjemaah, solat boleh didirikan bersendirian. Jika gerhana sudah selesai atau tidak kelihatan, maka berhentilah dari solat gerhana.

Mengikut riawayat "Bukhari Muslim", diputuskan oleh Mazhab Shafei bahawa solat itu dua rakaat, setiap rakaat mempunyai dua qiam, dua bacaan Farihah, dua rukuk dan dua sujud. Jadi kesemuanya mempunyai empat qiam, empat bacaan Fatihah, empat rukuk dan empat sujud.

Lafaz niat solat (gerhana bulan)
Sengaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Lafaz niat solat (gerhana matahari)
Sengaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Dalam solat sunat ini, bacalah surah yang senang dan lancar seperti surah as Syam pada rakaat pertama, surah al Lail pada rakaat kedua, surah Al Ikhlas atau surah Tiga Qul pada rakaat ke tiga dan keempat. Semasa solat dalam keadaan rukuk dan sujud haruslah perbanyakkan bacaan tasbih. 

Bacaan tasbih
SubhanAllah walhamdulillahi walaila haill allahhu wallahu akhbar - 100 kali atau sebanyak mana yang mampu

Nota
Sekiranya berjemaah di masjid haruslah diadakan khutbah gerhana menerangkan fakta kejadian gerhana dan mengaitkan dengan kepercayaan kepada Allah. Menyarankan supaya umat Islam berpegang pada fakta ilmu pengetahuan yang betul dan tidak percaya kepada khurafat dan kepercayaan karut. Memberikan penerangan kepada makmum supaya taat kepada Allah dan jangan membuat kerosakan di muka bumi. 

Penawar Asthma Semput sleeping apnea dan pernafasan

$
0
0
Assalamualaikum. Penawar penyakit asthma semput tekak dan hidung. Bila sebut mengenai paru2 sudah tentu ada kaitan dengan pelbagai jenis penyakit seperti Asma atau semput + sleeping Apnea atau paling senang kita kata berdengkur. Orang Jowo sebut ngorok. Mana2 pun boleh kita panggil.

Penawar penyakit asthma semput tekak dan pernafasan bukan jenis penyakit yang boleh diambil ringan. Lebih2 lagi kepada mereka yang mengidap asthma. Pesakit asthma akan merana kerana kesesakan nafas yang dialami hingga adakalanya boleh membawa maut. Begitu juga penyakit Sleeping Apnea. Jom kita baca apa itu Sleeping Apnea.

APA ITU SEEPING APNEA DAN ASTHMA



Penawar asthma semput sleeping apnea dan pernafasan -
ehsan google

Penyakit Sleeping Apnea adalah sejenis penyakit pernafasan semasa kita tidur. Selalunya akan berlaku bilamana otak kita memberitahu untuk kita bernafas seperti biasa tetapi kita tidak dapat bernafas dengan sempurna kerana saluran udara pernafasan tidak mencapai ke paru-paru.

Bila berlakunya sekatan pernafasan tidak normal melebihi 30 saat atau lebih dari itu, kita akan secara tiba2 tersedar atau terjaga untuk mengambil udara semula. Itu yang berlakunya dengkuran hingga mengganggu pasangan kita terjaga kerana kebisingan.

Risiko Sleeping Apnea berlaku kerana peningkatan berat badan + kuat merokok + alkohol + faktor usia. Di samping itu, pesakit diabetes atau "sempadan" diabetes mempunyai sehingga tiga kali risiko mempunyai Sleeping Apnea. Tanda2 biasa termasuk kuat berdengkur + tidur yang tidak lena + rasa mengantuk pada waktu siang.

Begitu juga dengan penyakit asthma. Saluran pernafasan seseorang menjadi sempit untuk sampai ke paru2 hingga mengakibatkan pesakit susah bernafas dan tercungap2. Itu sebab mengapa pesakit semput dan asthma wajib membawa inhaler atau pump gas atau sedut gas untuk membantu pernafasan mereka.

PENAWAR ASTHMA SEMPUT SLEEPING APNEA PERNAFASAN


Bahan2 herba

  • Daun kobis hijau - ambil 3 helai dan dikoyak2kan kecil2
  • Sebiji bawang besar - dipotong 8
  • Wild Celery Seed - Biji selasih liar. lihat gambar
  • Panaskan kuali dengan api yang sederhana. Letak semua bahan2 tanpa digaul. lihat pada pic
  • Sedut asap yang keluar dari bau2an bahan2 tersebut perlahan selama mana kita mampu.
  • Lebih bagus kepala ditutup dengan tuala agar dapat menyedut asap bahan2 dengan baik.
  • Peringatan = Sedut dengan perlahan2. Sambil2 itu kita berselawat fatihah dan niatkan agar sembuh. 
  • Lakukan 3 hari berturut.
  • Jika tiada bahan Celery Seed, gunakan kobis dan bawang sahaja.
Herba2 ini mampu merawat
  • Merawat paru2 untuk lebih sihat
  • Penyakt Asthma/Semput
  • Penyakit Tonsil
  • Penyakit batuk terutama pada cuaca sejuk
  • Penyakit mata berair dan gatal
  • Hidung berdarah terutama cuaca sejuk
  • Membantu menguatkan minda otak
  • Mengatasi masalah kulit sensitif


Lakukan sedutan asap penawar asthma semput seperti dalam gambar
Nota
Penyakit Asthma atau Asma atau lebih dikenali sebagai semput memang wajib dirawat lebih awal untuk tidak berlaku lebih serious lagi. Begitu juga kepada yang menghadapi penyakit batuk2 + mata gatal2 dan berair + tonsil dan sebagainya WAJIB cuba penawar ini. InsyaAllah dengan izinNya dapat memberi kesembuhan.

Pesanan untuk korang
Kalau ada sesiapa yang dah berjaya lakukan penawar asthma semput ni bolehlah kongsikan kepada saya ya. Syukran guys.


JIKA SUKA ARTIKEL INI BOLEHLAH KONGSIKAN PADA SEMUA



Radiance Signature mencerah memutih melembap serta sihat luar dan dalaman

$
0
0
Assalamualaikum. Radiance Signature mencerah memutih melembap serta sihat luar dan dalamanbadan kita. Kulit yang halus menawan serta sihat menjadi igauan pada semua kaum tidak kira perempuan mahupun lelaki. Kebanyakkan dari kita memang selalu mengalami masalah kulit kering kusam kedut dan tidak sihat. Bila berlakunya kekeringan pada kulit, kita akan lebih kelihatan lebih berusian dari umur sebenar. Tidak percaya? Cuba lihat wajah korang pada cermin. Nampak kulit kusam? Kering? Kedut? Gelap dan mahu kelihatan kulit lebih cerah berseri2? Resdung? Jerawat? Bekas jerawat? Parut? Apa lagi?

Radiance Signature memiliki jawapan kesemuanya. Siapa yang tidak risau jika mengalami pelbagai masalah penyakit terutama resdung kanser dan kencing manis. Ketiga2 penyakit ini sangat merbahaya jika tidak dirawat lebih awal. Apa lagi.. mari kita lihat manfaat dan kehebatan Radiance Signature.

Radiance Signature Whitening Glowing

KETAHUI RAHSIA RADIANCE SIGNATURE

Radiance Signature dicipta dari bahan2 terpilih yang kaya dengan Vitamin C + E + Kolagen + Madu + Kurma + PuraSweet + Malic Asid + Citric Asid dan Air RO.

  • Kolagen - Adalah sejenis bahan yang dihasilkan dari tumbuhan + haiwan ( pastikan yang halal). Kolagen memainkan peranannya dalam kesihatan penjagaan kulit + otot + tulang + rambut + kuku + gigi
  • Vitamin C - Dihasilkan dari buah2an yang tinggi vitamin C untuk  mengurangkan risiko mendapat hampir semua jenis kanser. Nampaknya nutrien ini tidak secara langsung menyerang kanser yang telah berlaku, tetapi ia membantu menjaga sistem kekebalan tubuh yang membolehkan ia untuk melawan kanser.
  • Vitamin E - Sifat antioksidan Vitamin E juga penting untuk membran sel . Sebagai contoh , vitamin E melindungi sel-sel paru-paru yang sentiasa berhubung dengan oksigen dan darah putih sel-sel yang membantu melawan penyakit .
  • Madu - Adalah energy booster + sistem kekebalan pembina besar + ubat semulajadi kepada banyak penyakit
  • Kurma - Sejenis buah yang kaya dengan zat besi dan kalsium. Rasulullah SAW juga menggalakkan umatnya memakan kurma untuk kesihatan. Sangat baik untuk ibu2 mengandung.
  • Malic Asid - Malic acid atau asam malat adalah asam dikarboksilat yang memberikan rasa asam + getir dalam berbagai jenis buah seperti apel hijau + anggur + nenas dan lain2. Ia juga dapat disintesis dalam tubuh melalui siklus asam sitrat (Krebs) untuk meningkatkan metabolisme energi.
  • Acid Citric - Asid sitrik adalah asid organik yang lemah dengan C6H8O7 formula. Ia adalah pengawet semula jadi konservatif yang wujud secara semula jadi dalam buah-buahan sitrus dan juga digunakan untuk menambah rasa berasid atau masam kepada makanan dan minuman
  • Purasweet - Pemanis Rendah kalori adalah pengganti gula yang mempunyai kosong kalori dan tidak akan meningkatkan paras glukosa darah. Baik untuk mereka yang mempunyai penyakit kencing manis
  • RO Water - Air yang ditapis menggunakan air mesin yang bersih dan sihat.

Radiance Signature sesuai untuk semua tidak kira lelaki mahupun perempuan. Bahan2 yang selamat digunakan dan mengandungi makanan2 Sunnah Rasulullah seperti Kurma + Buah Delima + dan Madu. Sesuai untuk ibu2 mengandung + menyusu + dalam pantang bersalin. Sesuai untuk mereka yang mengidap penyakit diabetis dan kencing manis. Produk yang mempunyai status GMP KKM dan HALAL. Selamat dan berkesan serta 100% bahan natural base.

KEHEBATAN RADIANCE SIGNATURE - PEMUTIHAN BERSINAR

  • Mencerah dan menggebukan kulit seluruh badan.
  • Memberikan kulit yang cantik dan sihat.
  • Menjadikan kulit glowing secara natural.
  • Menghilangkan kulit kusam dan tidak bermaya.
  • Anti Penuaan dan menjadikan wajah kelihatan muda.
  • Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit.
  • Menghilangkan sel kulit mati.
  • Mengecutkan dan menghilangkan jerawat.
  • Menghilangkan jeragat.
  • Memudarkan dan menghilangkan parut jerawat.
  • Menghilangkan kesan lebam di bawah mata.
  • Meningkatkan kandungan

KEBAIKAN RADIANCE SIGNATURE UNTUK DALAMAN

  • Menstabilkan tekanan darah
  • Menstabilkan hormon lelaki dan wanita.
  • Merawat ekzema.
  • Merawat imsonia.
  • Merawat resdung.
  • Merawat penyakit kencing manis.
  • Merawat dan mencegah kanser payudara.
  • Merawat dan mencuci buah pinggang.
  • Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan.
  • Bertindak sebagai Anti-Body.
  • Memberikan tenaga serta merta.
  • Memberikan tidur yang nyenyak.
  • Merawat keputihan pada alat sulit wanita.
  • Menegang dan menganjalkan payudara.
  • Merapatkan alat sulit wanita yang longgar.
  • Merawat rambut gugur dan tidak bermaya.
  • Melawaskan pembuangan.
  • Mengawal berat badan.
  • Membuang toksin dalam badan.
  • Meningkatkan kadar metabolisme badan.
  • Memberikan rasa kenyang.
  • Mengawal nafsu makan.

Radiance Signature juga memberi kesan positif pada bentuk badan yang IDEAL iaitu mengawal berat badan + membuang toksik dalam badan + meningkatkan kadar metabolisme badan + memberi rasa kekenyangan dan mengawal nafsu makan. Itu sebab otak kita tidak terlalu memikirkan makanan kerana perut tidak terasa lapar dan sentiasa rasa kenyang.



Cara2 pengambilan Radiance Signature semudah 123
Hanya koyakkan sachet + consume habiskan
Sehari hanya 2 sachet sahaja
Consume 1 sachet waktu pagi perut kosong
Consume 1 sachet sebelum tidur
Minum air 9 -10 gelas sehari sudah memadai


PROSES SEMASA PENGAMBILANRADIANCE SIGNATURE

1) Merawat dalaman badan terlebih dahulu sekirannya dalaman badan mempunyai masalah
2) Merawat dan menggantikan sel kulit mati
3) Menambah kandungan kolagen dalam badan
4) Menjadikan kulit cerah dan gebu secara sekata
5) Mengurangkan jerawat2 dan mudarkan parut jerawat yang kasar 

PENGALAMAN CONSUME RADIANCE SIGANTURE


Hampir 12 hari sudah aku mengambil Radiance Signature Whitening dan Glowing Series ini. Hanya diambil semasa perut kosong pada waktu pagi dan sebelum tidur. Mudah dan tidak perlu bersusah payah hendak membancuh dengan air. Rasanya juga sedap dan kaya dengan pelbagai vitamin.

Alhamdulillah, ada sedikit perubahan walaupun tidak berapa ketara kerana almaklumlah badan ini sudah mencecah ke angka nombor empat. Jadinya banyak jugalah kena perbetulkan dan ditambah dengan pelbagai vitamin yang hilang terutama kolagen. Jujurnya selepas mengambil Radiance Signature, aku boleh nampak kulit muka dan badan lebih lembap + sedikit cerah terutama pada kulit muka + kuku lebih kuat + tidur lebih lena + membuang air kecil dengan kerap kerana kesan toksik dalam badan. Jika banyak kita membuang air kecil maka lebih bagus untuk dalaman badan kita.

Dan paling terbaik adalah perut sentiasa rasa kenyang tanpa mengisi makanan yang berat. Kan best tuh.. Macam aku bila sudah mengambil sarapan pagi seperti sebiji pisang dan sepinggan nasi goreng, maka makan tengahari akan aku skip hingga ke petang kerana perut masih rasa kenyang.

Sekarang kalau kemana2 tidak perlu hendak bermakeup tebal2. Cukup sekadar pelembap + loose powder + seoles gincu sudah memadai. Kekadang tu hanya olehkan gincu sedikit sahaja tanpa berbedak. Ringan saja kulit dan mudah bernafas terutama cuaca panas.

Radiance Signature - Tanpa Makeup dan cahaya lampu, hanya sinaran matahari dari jendela

Perubahan kulit akan berlaku mengikut keadaan hormon masing2. Ingat ya. Jika mahukan result lebih baik maka minum air 10 gelas sehari + elakkan dari pengambilan air kopi ( bab ini aku susah nak tinggal) + ambil buah sebelum mengambil makanan yang berat untuk memudahkan penghadaman.

Apa tunggu lagi, Jom TEMPAH sekarang di facebook atau dilaman web rasmi dengan KLIK pada gambar dibawah ini. Jangan lupa guna HASHTAG #myrahsiakulitputih untuk mendapatkan Hadiah istimewa khas untuk pembaca KONGSIBERSAMANORA. Best tak?..


FACEBOOK MY RAHSIA KULIT PUTIH - LIKE sekali ya

Harga promosi terhad kami

Harga: Semenanjung Malaysia
==================
1 Kotak RM 180
2 Kotak RM 350
3 Kotak RM 520

Harga: Sabah / Sarawak
==================
1 Kotak RM 190
2 Kotak RM 370
3 Kotak RM 550

Beli lebih.. Diskaun lebih..

Kami berikan korang Pos PERCUMA!

Pastikan dapatkan yang ORIGINAL dari Radiance Signature. Harga produk asal Radiance Signature tidak akan dijual murah dibawah harga RM180 sekotak. Jika ada yang terbeli dengan harga lebih murah dari harga asal, sila kemukakan pada report pada saya atau pihak Radiance Signature sendiri. Ditakuti produk tersebut adalah tiruan dan boleh membawa kemudaratan kesihatan.

Nota
Pengambilan suppliment hendaklah diambil dengan cara yang betul. Perbanyakkan minum air sehari paling tidak 9 - 10 gelas sehari untuk mengelak dari berlakunya kulit kering. Jika badan kita kekurangan air, akan berlakunya kesakitan pada buah pinggang + lutut + sikut dan sebagainya. Sebab itu air masak atau mineral sangat penting diambil dalam kuantiti yang dihadkan. Terlebih minum air masak juga tidak bagus untuk kesihatan.

SELAMAT MENCUBA RADIANCE SIGNATURE

MUDAH HALAL SELAMAT


Jika suka artikel dan produk ini sila kongsibersama untuk semua..




Resipi jeruk mangga asam boi

$
0
0
Assalamualaikum. Resipi jeruk mangga asam boi is coming. Ada yang email dan mesej saya tanya macam mana buat. Nampak sedap dan cantik warnanya kekal kehijauan. Dirumah pun sebotol sederhana besar sudah habis dimakan oleh kaum keluarga. Hubby pun suka jeruk sebab takder cuka bagai. Jadi mana yang suka kandungan jeruk asli tanpa bahan pengawet bolehlah mencubanya. Tapi sebelum itu mari kita ambil tahu akan kebaikan mangga muda. Jom kita

Kebaikan Mangga Muda

Mangga lupa nak tembak - pinjam google daaaa
  • Memiliki vitamin A + B + mineral + kalsium + serat + protein + fostor
  • Kaya dengan vitamin A B C yang dapat memberi keperluan kalsium dan memberi kekuatan pada tulang yang lebih kuat + dapat melawan keradangan + bagus untuk menghasilkan sel2 darah baru
  • Memberi penglihatan mata menjadi cerah
  • Melancarkan saluran pencernaan
  • Baik untuk kesihatan hati kerana kandungan zat besi
  • Meningkatkan daya tahan tubuh
  • Meningkatkan imunisasi tubuh terhadap gangguan berbagai macam penyakit seperti anemia + kolera +  diare + kanser

Banyakkan kebaikan dan khasiat buah mangga muda. Bukan saja untuk ibu2 mengandung yang gemar makan mangga muda tetapi orang lelaki sekarang pun sudah gemar memakannya. Macam2 kita boleh buat dengan mangga muda. Selain dibuat salad dengan pelbagai resipi rasa, mangga muda juga sedap dimakan dengan kuah rojak yang ditaburi kekacang tanah. MasyaAllah.. meleleh air liur bila bercerita dengan korang. Esok nak buat jugak kuah rojak. Boleh cicah dengan macam2 makan. 

Orite.. jom tengok apa bahan2 untuk jeruk mangga muda asam boi ni. Banyak ke bahan2nya? Senang ke? Hahhhh... kenalah cuba buat sendiri baru tau rasanya. Kalau buat sendiri ikut sukalah nak sukat banyak mana asam boinya + gulanya + cili untuk kepedasannya. Tak ler banyak komplenkan. Kalau beli diluar macam2 orang nak tipu kita, Ok jom jom ke dapur kita

Bahan2 jeruk mangga muda asam boi



  1. 3 biji mangga muda - ikut suka nak jenis apa
  2. 1/2 mangkuk kecil gula - ikut suka nak banyak mana
  3. 5 biji Cili padi
  4. 10 - 15 biji asam boi putih - hiris isinya dan blend = aku suka kasar2
  5. Kupas mangga muda. Hiris ikut suka asalkan saiznya biar tebal sikit seperti dalam gambar
  6. Rendam mangga dalam air bersih + 1 1/2 sudu kecil garam halus. biarkan 2 minit dan tos kering


Resipi Jeruk mangga asam boi - Masukkan kesemua bahan2 termasuk biji asam boi yang diambil isinya tadi dan gaul rata menggunakan senduk plastik. Kalau pakai tangan nanti pijau atau pedas pula. Jangan ditambah garam kerana masin dari asam boi putih sudah mencukupi. Nanti darah tinggi plak.. 


Resipi Jeruk mangga asam boi - Tidak perlu menggaul terlalu lama kerana boleh merosakkan buah mangga tersebut. Gaul rata sudah mencukupi. Agak2 sajalah. Dah siap simpan dalam bekas atau botol. Ikut pilihan masing2.


Jeruk mangga asam boi
 sudah siap disimpan dalam botol dan diletak dalam peti ais. Nampak sedap x? Sepatutnya bagus guna mangga muda hijau baru cantik warnanya. Aku sudah terbeli buah mangga susu muda. Oklah tuh. Janji muda keras kenyal. Anyways abaikan warna jeruk mangga asam boi aku sebab bila letak asam boi merah maka jadi beginilah. Request khas dari mertuaku. hehehehe.

Apapun tidak digalakkan mengguna asam boi merah kerana warna asam boi merah boleh mengganggu warna buah mangga yang kuning hijau itu. Jadi tidak berapa cantik. Kannnn?? Apapun terpulang pada kesukaan korang. Kalau nak mencuba apa salahnya. Tekak sendiri yang nak makan. Kannnnn..

Wokey guys.. Resipi dah dapat, apa lagi esok borong mangga muda untuk prepair buat jeruk mangga asam boi. Mana yang kurang suka masam2 tu bagus beli buah mangga muda lemak manis. Pastikan cari yang betul2 muda hijau baru jadi. Kalau dah separuh muda masak tidak sedap dah. 

Nota : Bagus kita buat sendiri. Puas hati selamat dan boleh adjust rasanya. Tidak perlulah beli online yang belum tentu terjamin selamat bersih dan mahal pula dijual. Kannnn.... Dan lagi sesekali bolehlah makan Jeruk Mangga Asam Boi ni, jangan selalu. Tak bagus untuk kesihatan.


SELAMAT MENCUBA RESIPI JERUK MANGGA ASAM BOI, KALAU SUKA KONGSIKAN PADA SEMUA DAN LIKE




Kulit kekal lebih sihat lembap cerah dan selamat - Marine Essence

$
0
0
Assalamualaikum. Marine Essence garam buluh untuk mandian dan syampo bukan perkara asing bagi mereka yang pernah mencuba produk ini. Untuk kekal kulit yang sihat lembap dan cerah bukan menjadi masalah lagi terutama pada mereka yang mementingkan kecantikan dan kesihatan diri. Marine Essence Cecair mandian dan Marine Essence Syampo dicipta khas tanpa sebarang campuran bahan kimia tetapi memiliki garam buluh yang sangat hebat memang sangat sesuai dijadikan mandian dan syampo harian anda.

Kandungan Marine Essence Cecair mandian dan Syampo 


Marine Essence Garam Buluh Shampoo dan Shower 

Marine Essence Syampo

  • Garam Buluh - Sumber yang kaya dengan mineral berkhasiat untuk menyihatkan dan melindungi kulit kepala dan rambut
  • Esktrak Teh Pu Erh - Menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel2 kulit kepala dan rambut (Anti Penuaan). Membantu memulih dan memperbaharui sel2 kulit
  • Protin Susu - Pelembap semulajadi untuk kulit kepala dan rambut
  • Ekstrak Kapas Biji - Mengekalkan kulit kepala dan rambut dalam keadaan baik

Marine Essence Cecair Mandian
  • Garam buluh - Kaya dengan mineral untuk melindungi kulit dan menyihatkan
  • Esktrak Teh Pu Erh - Menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel2 kulit kepala dan rambut (Anti Penuaan). Membantu memulih dan memperbaharui sel2 kulit
  • Lidah buaya - Melegakan melembap menyembuh penyakit kulit
  • Esktrak Liquorice - Mencerahkan kulit dan pigmentas yang tidak sekata
  • Biji minyak Jojoba - Pelembap kulit semulajadi
  • Esktrak Dedaun Muberry - Mencerahkan kulit dan pigmentasi kulit


Ciri-ciri kedua2 Marine Essence Cecair Mandian dan Syampo

  1. Gabungan ramuan2 semulajadi dan botani
  2. Tanpa sabun - Tidak mengeringkan + lembut untuk kegunaan harian
  3. Tanpa Paraben - Tidak merengsakan kulit
  4. Tanpa SLES - Tidak merengsakan kulit
  5. Mineral yang baik  Sumber kaya dengan mineral penting untuk menyihatkan dan meindungi kulit
  6. Anti Bakteria - Membunuh kuman dan membantu mengurangkan kegatalan kulit
  7. Anti Oksida - Membantu menghapuskan radikal bebas yang bahaya daripada merosakkan sel2 kulit
  8. Haruman aromaterapi yang menyegarkan 

Keberkesanan Marine Essence Syampo dan mandian
  • Melembap dan mencerahkan kulit
  • Mampu menghilangkan kesan hitam pada bawah lengan dan celahan peha
  • Mampu menghilangkan bau badan dan kaki
  • Mampu merawat penyakit kulit sensitif seperti Eczema
  • Mampu menghilangkan jerawat pada muka dan badan
  • Merawat dan memulihkan kelemumur + gatal kulit kepala + rambut gugur
  • Mampu merawat luka dengan cepat
  • Sesuai untuk semua jenis kulit dan kulit bayi
  • Sangat2 terbaik untuk pesakit kanser kerana selamat dari bahan2 kimia. Pesakit kanser sebaiknya elak dari menggunakan produk2 yang mempunyai bahan kimia demi kesihatan mereka


Pengalaman menggunakan Marine Essence Syampo dan cecair mandian


Sebenarya sudah lama perhatikan produk Marine Essence ini sewaktu aku menghadiri jemputan WIF Kuala Lumpur tahun lepas. Memang hebat produk ciptaan dari Syarikat Hi-O ini terutama produk Marine Essence yang dicampurkan garam buluh untuk dijadikan syampo mandian dan coffee.

Jujurnya aku sangat2 sukakan baunya yang harum dan natural. Selepas penggunaan syampo dan mandian Marine Essence, kulit kepala tidak gatal + kelemumur + tidak berminyak. Rambut lebih lembut dan kurang keguguran. Untuk mandian pula kulit menjadi lembap + selamat serta lebih sihat tanpa sebarang bahan kimia. Marine Essence Cecair mandian juga mampu mencerahkan bahagian gelap pada celahan peha dan bawah lengan. Untuk cerah memang tidak secepat yang dijangka tetapi akan beransur cerah secara perlahan2.

Untuk kulit yang luka juga bagus menggunakan cecair mandian Marine Essence kerana ia mampu memulihkan dengan baik kerana kandungan anti bakteria dan anti oksida. Bestkan. Sejak adanya produk Marine Essence ni aku sudah tidak gunakan mandian Dettol lagi kecuali untuk sabun tangan dan antiseptik. Terima kasih Hi-O kerana mencipta produk yang hebat ini. Terbaik..

Jom kenal Hi-O Mineral Coffee pula


Mineral Coffee Garam Buluh

Korang pernah cuba kopi mineral yang ada kandungan garam buluh ni? Masa mula2 mencuba dalam kepala asik terfikir macam mana ler rasanya kopi rasa garam. Mesti masinkan. Jadi selepas membancuh dengan secawan air panas, baru rasa masin pada kopi. Tidak ler masin macam kita letak sesudu garam masakan. Lain rasanya tuh. 


Kandungan dan kehebatan Hi-O Mineral Coffee
  • Kopi Robusta + Garam Buluh
  • Kaya Anti Oksida
  • Kaya dengan mineral dan elemen surih iaitu magnesium + besi + kalisum + kalium
  • Menhilangkan keletihan fizikal dan mental
  • Melegakan tekanan

Belum cuba belm tau. Tapi nak pesan awal2, kalau membancuh sepeket Mineral Coffee garam buluh, jangan letak air banyak. Cukup sekadar secawan biasa saja. Jangan ditambah susu bagai. Dah tidak natural nanti rasanya. Rasa penat2 badan bagus ambil secawan. InsyaAllah.. hilang rasa letih.

Untuk mendapatkan produk2 Marine Essence
AIMIE MOKHTAR - +60145123051
www.aimiemokhtars.com

Pelancaran kopi LUVOCO dengan Ganoderma - Lingzhi

$
0
0
Assalamualaikum. Kopi adalah antara minuman kegemaran manusia didunia ini. Diberi perbezaan dan pilihan dari pelbagai jenama dan rasa serta kualiti yang terbaik. Salah satunya adalah Kopi LUVOCO yang telah pun dilancarkan baru2 ini yang bertempat di Connexion @ Nexus Bangsar South City Kuala Lumpur.

Pada tahun 1998 kopi LUVOCO telah lama didokumenkan oleh satu syarikat berpangkalan di Malaysia merevolusikan industri minuman kopi dengan membangunkan teknologi baru kopi kesihatan gourmet yang dicampur Ganoderma Lucidum, atau lebih dikenali sebagai Lingzhi. Mari kita kenali lebih dekat tentang produk dan Syarikat pembuat kopi LUVOCO

MENGENAI LUVOCO DAN GANO EXCEL


Encik Leow Soon Seng, Pengerusi Gano Excel Industries, (kiri) bersama Encik Leong Ting Yu, Pengarah Gano Excel Industries (kanan) pada majlis pelancaran kapsul kopi LUVOCO, kopi gourmet yang pertama dengan 100% ekstrak Ganoderma air larut.

Gano Excel Industries telah mencapai satu lagi kejayaan pertama dengan terbinanya jenama LUVOCO iaitu satu jenama kopi gourmet yang menggabungkan manfaat tradisional "raja herba" dengan pembuatan kopi moden untuk penggemar kopi. Dibungkus dalam bentuk kapsul kopi, LUVOCO adalah produk yang pertama seumpamanya yang menghasilkan kopi gourmet dengan 100% ekstrak Ganoderma air terlarut.

GANODERMA DALAM LUVOCO

Ganoderma (dikenali sebagai Lingzhi) telah lama didokumenkan selama lebih 2000 tahun untuk perubatan. Sehingga hari ini, ini "Herba Raja Ajaib" secara meluas dihormati sebagai makanan tambahan kesihatan dan perubatan herba di seluruh dunia.



LUVUCO Ganoderma - Kajian (kebanyakannya dijalankan di China + Korea + Jepun + Amerika Syarikat) mengenai perubatan dan khasiat Ganoderma mendedahkan bahawa ia mengandungi lebih daripada 200 bahan2 bioaktif yang bermanfaat untuk mencegah + merawat pelbagai jenis penyakit seperti darah tinggi + kencing manis + hepatitis + hypercholesterolmia + arthritis + bronkitis + kanser dan banyak lagi.

Lebih 200 jenis spesis Ganoderma - Lingzhi, hanya enam jenis spesis Ganoderma sahaja yang mempunyai nutrision terhebat iaitu ganoderma jenis KIMSHEN + RUYI + PEACOCK + BRAIN + HEART dan LIVER SPECIES.

Ganoderma diberi nama yang berbeza sebutan mengikut negara2 seperti
  • Negara Jepun dengan sebutan Reishi
  • Negara China dengan Lingzhi
  • Negara Korea dengan Youngzhi

Kebanyakkan penyakit datang dikerana ketidakseimbangan fungsi dalam badan disebabkan oleh pengumpulan toksin. Ganoderma berpotensi membantu badan untuk menghilangkan pengumpulan toksin + menguatkan sistem semulajadi imun badan.

KOPI LUVUCO


LUVOCO yang telah dicipta dengan pelbagai aroma dan rasa seperti

CLASSICO - Rich & Deep (Kaya dan Mendalam) : Dicipta untuk mereka penggemar kopi tegar yang gemarkan aroma bau dan rasa yang kuat. Dipanggang dengan baik sekali serta dikisar

    RAFFINATO - Refine and District (ditapis & Berbeza) : Bagi mereka yang suka kekuatan medieum kopi mereka. Ini panggang gabungan sederhana datang dalam 4 perisa: kemiri + coklat + kayu manis + vanila

      AMOROSO - Smooth & Gentle (Lancar + Lembut) : Campuran panggang ringan untuk mereka yang suka secangkir teh yang licin dan ringan.

        Saya lebih gemarkan aroma dan rasa Classico kerana rasanya yang kuat dan unik. Kedua pilihan saya adalah RAFFINATO iaitu perisa aroma Coklat + Kayu Manis dan Vanilla. memang rasanya berbeza dari kopi2 lain.



        Mesin Kopi LUVOCO yang sangat unik bentuknya serta klasik. Saya sangat gemarkan mesin Kopi LUVOCO ini. Hanya tambahkan air dibahagian jar yang telah disediakan + tekan butang hendak cawan penuh atau separuh. 2 minit sudah siap untuk dinikmati. Senangkan..


        Kopi LUVOCO dengan Ganderma - Lingzhi




        Nota
        Kepada anda mana yang nak mencuba Kopi LUVOCO ni memang tak rugi kerana Kopi yang terkandung dengan campuran Lingzhi ini mampu merawat pelbagai penyakit. Sambil menikmati kopi yang segar dan sedap sambil2 itu merawat penyakit kita.

        Boleh dapatkan produk2 LUVOCO yang telah berada di pasaraya2 terkemuka diseluruh Malaysia Singapore Thailand. Bungkusan paket jenis uncang juga ada dipasarkan. Hanya tambahkan air panas dan sebagainya. Mudah dan senang.

        www.luvoco.com





        Viewing all 261 articles
        Browse latest View live