Quantcast
Channel: kongsibersamanora
Viewing all articles
Browse latest Browse all 261

Koleksi Baju Melayu kurung Gempak raya bersama Jakel 2015

$
0
0
Assalamualaikum. Gempak Raya Bersama Jakel 2015 memperkenalkan Duta produk baju melayu JAKEL 2015. Seiring dengan moto Jakel INGAT RAYA INGAT JAKEL menganjurkan promosi Gempak Raya sempena pelancaran koleksi baju melayu Aaron Aziz + koleksi baju melayu Nabil Ahmad dan kolkesi baju melayu Upin Ipin.

Pemilihan Nabil Ahmad sebagai Duta Baju Melayu 2015 amat bersesuaian dengan objek JAKEL yang mensasarkan kumpulan pasaran bermula dari golongan muda dan up-to-date. Artis Aaron Aziz sebagai Duta baju melayu sejak 2013-2014 tetap dikekalkan kerana peningkatan sambutan yang memberangsangkan. Tahniah Aaron Aziz. Oklah.. Jom kita tengok baju2 melayu gempak 2015 di JAKEL dan aktiviti yang berlangsung pada hari sabtu kelmarin.


Duta2 untuk Gempak Raya Bersama Jakel 2015 bergambar bersama Pengarah Urusan Kumpulan Jakel Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel yang segak. Duduk dihadapan berbaju hijau adalah Roslan Wahab


Duta Baju Melayu Jakel 2015 Nabil Ahmad memperagakan baju2 dari koleksi Nabil Ahmad. Kualiti kain yang saya lihat pada baju Nabil ini sangat selesa dan sejuk. Pada 13 Jun Datuk Faroz memberi gempak dengan harga runtuh dari harga RM3++ bersama samping + butang baju dengan tawaran RM220. Kemudian diturunkan lagi hingga menjadi RM150. Harga murah giler. Baik hati Datuk Faroz. Tapi harga RM150 hanya pada 13 Jun jer. Sekarang masih ada promosi gempak lagi. Cepat2 terjah ya.


Nabil Ahmad bersama Wajah JAKEL Che Ta aka Rozita. Comey Che Ta.


Di bahagian pakaian koleksi Upin Ipin. Sangat menarik dengan pelbagai rekaan warna dan kualiti yang berbeza. Koleksi Upin Ipin dijual dengan harga dari RM79.90 - RM125.90. Harga2 termasuk samping dan butang baju. Masih sedang promosi gempak. Cepat terjah sebelum kehabisan. Koleksi Baju Melayu Upin Ipin berada di Ground Floor bersebelahan Koleksi Baju Melayu Nabil


Datuk Faroz dan Che Ta diserbu oleh Upin Ipin di tingkat 4 bahagian Koleksi Pakaian Wanita dan koleksi baju kurung Che Ta. Terperanjat Che Ta kena serang dengan Upin Ipin. Hahahaha... Sukanya tengok si Upin. sampai bertepuk tangan dapat berdiri sebelah Che Ta. Ipin tengok sajalah ya


Koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad. Macam2 warna dan material ada. Pilih sahaja mengikut kesesuaian dan harga. Harga promosi memang gempak dari RM69 hingga keatas. Silap haribulan Datuk Faroz buat promosi gempak lagi harga termasuk samping + butang baju. Haaaa.. baik terjah cepat sebelu kehabisan. Koleksi Nabil Ahmad berada di Ground Floor bersebelahan Koleksi Upin Ipin.


Peace Yo dari Nabil Ahmad untuk semua. Nabil suruh datang cepat. Kalau tak habis. Baju Nabil pakai ni saya suka. Ada 2 ton berbeza. Memang kena grab material jenis ni. Harga juga berbaloi dengan materialnya. Nampak kemas dan selesa.


Salah satu bahagian koleksi baju melayu Nabil Ahmad. Harga tengah promosi gempak tu. Kain cantik. Apa lagi jom terjah. Warna2 semua menarik. Cantikkan. Ok.. lepas ni kita terjah tudung ariani pula dengan Che Ta


Dikoleksi bahagian tudung Ariani. Seronok masuk koleksi tudung ni. Semuanya cantik. Kalau dah cantik, pakai apa pun lagi nampak cantik. Tersenyum memajang tengok Che Ta dengan Shawl Aina Pashmina berwarna hijau. Yang bewarna pink lembut tu sangat2 berbaloi beli. Tak perlu nak pin bagai. Sarung saja. Brooch yang ada ditepi yang Che Ta pakai tu memang tersedia ada. Senang bukan.


Haaaa... cantik tak. Saya yang tengok pun naik juling. Blink2 you. Harga pun bersesuaian dengan material dan batu2 hiasanya. Ada promosi 25%. Semua tu tertakluk pada syarat asalkan berbelanja dulu yg pertama baru dapat pembelian kedua dengan diskaun 25%. Bestkan


Sebahagian lagi koleksi tudung Ariani. Kesemuanya ada harga promosi. Boleh terjah kolkesi Ariani di level Ground Floor hujung sekali bersebelahan tangga bergerak. 


Jangan mara aaa.. sempat juga berselfie dengan Che Ta. Peramah Che Ta ni. Tak sombong dan senang dibawa berborak. ILoike. Yang baju hijau tu tak habis2 laung promosi2 sampai kering tekak ya Roslan. Peramah dan kuat bergurau Roslan ni. 


Cantik tak hakak pakai. Kalau Che Ta kata cantik maka cantiklah. Datuk Faroz pun buat pengumuman harga runtuh, saya grab sehelai untuk dipakai. Sebenarnya saya nak grab warna biru kerana lebih menarik warnanya tetapi bila tengok Che Ta pakai hijau ni jadi terkesima pula. Tak puasa lagi saya dah rasmikan. Selesa sangat. Sejuk kain jenis ni. Apa namanya ekkk.. lupa ler saya. Jangan mara


Jangan jeles saya bergambar dengan Pengarah Urusan Kumpulan Jakel Daruk Faroz. Sempoi jer Datuk melayan kami para media. Memang humble. Sporting giler Datuk Faroz ni. Kalau dia nak umumkan turun harga, maka jadilah harga yang gempak giler. Masa tulah pelanggan2 terus beli. Memang bestlah Datuk Faroz. Murah rejeki.


Wajah Jakel terbaru Che Ta aka Rozita Che Wan. Manis kurus menawan. Dengan kasut hill 6 inci berdiri sebelah saya jadi sama rata. Baju koleksi Che Ta pakai ni memang gempak cun. Material kain yang lembut dan berkualiti, ditambah dengan manik2 hiasan dan renda yang cantik. Bersesuaian dengan warna. Masih dengan harga gempak. Kena terjah dan lihat sendiri.


Che Ta kata kain2 yang dijual di Jakel memang berkualiti. Jahitan pun cantik. Bersesuaian dengan harganya. Jadi apa lagi guys.. pergi terjah sendiri sebelum kehabisan stok ya.

Macam2 koleksi baju raya Jakel dipasarkan. Paling saya suka bila masuk koleksi baju melayu Upin Ipin. Cantik2 warna dan gayanya. Bersesuai dengan anak2 sekarang yang sukakan kelainan. Indahkan hari raya anda bersama koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad + Aaron Aziz + Upin Ipin dan Koleksi Che Ta berama shawl Ariani.


Bawalah bersama keluarga tercinta anda dengan membeli-belah baju melayu hanya di JAKEL. Cukup mudah dan senang. Tidak perlu ketempat lain yang boleh memenatkan diri dan keluarga anda. Hanya satu perhentian sahaja anda mendapat kelengkapan baju melayu keluarga anda. Jom set date anda untuk berjumpa dengan Duta2 Gempak Raya 2015. Pasti ada harga happy Hour lagi. Jangan lupa.

Semoga anda enjoy dan suka berbelanja di JAKEL. Macam2 ada.

INGAT RAYA INGAT JAKEL




Viewing all articles
Browse latest Browse all 261