Quantcast
Channel: kongsibersamanora
Viewing all articles
Browse latest Browse all 261

Ikan patin sedap di Samudra Exotic River Fish Restaurant

$
0
0
Assalamualaikum. Bila sebut ikan patin pasti anda semua tahu kesedapan ikan ini. Menjadi salah satu lauk kegilaan ramai. Siapa tidak suka akan masakan Ikan Patin Tempoyak. Saya yang pada mulanya tidak pernah suka dan bukan penggemar Ikan Patin Tempoyak telah menjadi lauk kegemaran saya sekarang. Hendak tahu kenapa? Tetapi sebelum itu kita cerita sikit mengenai ikan patin.

Ikan patin atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan2 sungai dan lombong2. Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Kebiasaan ikan patin ini akan dimasak Gulai Asam Tempoyak kerana lauk inilah menjadi kegilaan orang ramai. 

Dimana hendak dapatkan ikan patin sedap di Kuala Lumpur ini? Jom kita skodeng

Samudra Exotic River Fish Restaurant adalah sebuah bangunan kedai yang terletak betul2 di tengah bandar Kuala Lumpur. Samudra Exotic bukan nama asing lagi bagi penggemar ikan patin. Pada mulanya semasa saya dijemput hadir untuk merasainya sendiri masakan2 di Samudra Exotic terutama masakan Asam Tempoyak, saya tertanya2 adakah masakan mereka ini memenuhi citarasa saya?

Saya bukanlah penggemar Ikan Patin tetapi saya pernah merasa lauk2 masakan ikan patin asam tempoyak sebelum2 ini tidak memenuhi selera saya. Dengan menghidu bau sahaja saya boleh jamin yang lauk Ikan Patin tersebut memang tidak sedap. Terkadang ada rasa manis, terlebih manis dan terlalu kuat bau tempoyaknya sehingga boleh membuatkan tekak saya mual untuk makan. Sekarang tidak lagi. Saya sudah tahu dimana hendak mencari dan dapatkan lauk Ikan patin sedap sekarang. 


Sebelum memulakan review makanan kami sempat bergambar bersama pengurus Samudra Exotic River Fish Restaurant Encik Kamarul Ariffin. 3 tahun sudah restoran ini dibuka. Sambutan amat menggalakkan. Yang hadir juga bukan calang2 orang. Kebanyakkan adalah dari VVIP VIP dan peminat ikan patin. Arwah JJ juga adalah penggemar Ikan Patin Samudra Exotic. Memang powerlah kalau gitu.


Menu Ikan Patin Buah Asam Tempoyak. Aduhaiiii... meleleh air piur saya bila menaip dan melihat lauk ini. Masih teringat2 sehingga sekarang. Ini bukan nak puji lebih tetapi kebenaran dan ikhlas dari saya. Rasanya yang berbeza dari apa yang saya pernah makan sebelum ini. Kepedasan + warna + rasa + ikan yang tidak berbau hanyir memang menambat hati kami semua semasa menikmati hidangan ini. Jujurnya memang sangat sedap. Saya amat galakkan pada anda semua jika mahu mencuba Ikan Patin Asam Tempoyak, harus terjah ke Samudra Exotic River Fish. Tidak kecewa.


Inilah menu Ikan Patin Sedap masak Asam Tempoyak. Sangat sedap untuk anda yang sukakan lauk ikan patin ini. Kena cuba dulu baru tau. Berasa telinga saya menikatmati hidangan ini. Walaupun pedas saya masih menambah kuahnya. Kena cuba baru tau.



Ikan Patin Sangkar Bakar masak Sambal. Memang sedap tau. Kena dengan rasa sambal dan ikannya. Kena cuba menu ini.


Ikan Kerai Goreng biasa. Sedap dimakan sewaktu panas2 kerana rasa kerangupan dan isi ikan Kerai ini.


Ikan Kelah Goreng. Lama saya tidak menikmati hidangan ikan kelah. Rasanya sejak tahun 2006 lagi. Mana yang sukakan ikan goreng memang kena cuba juga menu ini ya. 


Terubuk Ikan Masin. Sedapnya terubuk ini. Dimakan bersama2 dengan masaka tempoyak tadi. Terangkat beb. Ikan terubuk ini digoreng bersama telur hingga garing dan diperahkan sedikit asam limau kasturi. Shahdunya. Kena order tau menu ini. Baru best


Ulam Sayur Celur. Sedap dimakan dengan cicahan sambal belacan dan tempoyak. Adehhhh.... Dengan ada ulam terung pipit + ulam raja + petai + pucuk ubi + daun pucuk muda belinjau. Sedap dan berkhasiat.




Lauk Gulai Lemak Pucuk Ubi Tempoyak. Saya sukakan rasanya. Memang sedap

Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api. Memang terbaik. Rasa pedas dan lemaknya. Kalau beri saya semangkuk lauk ni pun memang saya boleh ratah lauknya. Kena cuba menu ni.


Sayur lemak rebung memang sedap diratah begitu sahaja. Berbeza masakan arwah nenek saya dengan mak. Rasa memang lain. Jika suka kelainan boleh cuba menu ni.


Sambal Belacan. Boleh dimakan dengan ikan goreng atau sayur celur tadi atau makan bersama2 dengan nasi. Kalau kurang pedas tambah cili lagi ya. 


Tempoyak. Siapa tidak suka makan nasi dengan tempoyak. Saya lagi suka jika tempyak itu dibuat sambal goreng tempoyak. Sedapnya. Bab ini abang saya menag juara masak. Nanti ada masa saya kongsikan resipinya ya 


Air Asam Berlada yang sedap dinikmati bersama2 dengan Ikan Bakar atau Ikan Goreng. Superb 


Selepas makan pasti ada desert. Tapai pulut bersama Aiskrim Vanilla. Sedap sangat. Bukan saja ada tapai pulut, malahan anda boleh mencuba Tapai Ubi bersama Aiskrim. Lagi sedap tu. Biasanya saya makan tapai ubi bersama2 dengan santan. Tetapi bila makan bersama dengan aiskrim memang menyelerakan.  

Sebelum pulang kami hirup air panas dulu segelas. Lega rasanya bile dapat air kopi panas. Tidak kiralah dari jenis minuman panas apapun. Janji ada kopi. Tinggi haa buoh nescafe tarik Samudra.

Amacam best tak menu2 ni. Ini baru suku sahaja. Belum yang lain2 masakan dicuba. Macam2 ada. Dari menu sup + bergoreng + sayur goreng + mee goreng  atau lauk2 dari pelbagai masakan lemak + sambal + gulai dan sebagainya. Semua ada. Order ikan dan minta masakan kegemaran anda. InsyaAllah memang enak dinikmati.



Apalagi jom terjah sambil ajak keluarga berbula puasa sekali di 


Samudra Exotic River Fish Restaurant
Rumah Rohas
61 Jaan Raja Abdullah
50300 Kampung Baru
Kuala Lumpur

+603 26934526 / +6032202 7625 

Facebook SAMUDRA EXOTIC





Viewing all articles
Browse latest Browse all 261